MEMPUNYAI anak ibarat memiliki syurga dunia buat ibu dan ayah. Kehadiran anak pasti memberikan senyuman kegembiraan kerana merekalah pelengkap kehidupan rumah tangga, baik dalam kehidupan tenang mahupun yang penuh cabaran.

Ini sebagaimana Allah swt berfirman dalam surah Al-Kahfi yang bermaksud: "Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." (18:46)