Premium
Baik dan buruk dapatkan ilmu agama dari media sosial
Feb 7, 2016 | 5:30 AM

-
ADALAH baik kita mendalami konsep 'pembelajaran agama melalui media sosial' agar dapat diketahui dengan jelas pandangan agama mengenainya.
Pertama, seseorang itu mendapatkan ilmu dan maklumat berkaitan agama hanya melalui satu-satunya wadah iaitu Internet. Dalam erti kata lain, beliau tidak menyertakan guru di dalam proses pembelajaran Islam dan hanya bergantung sepenuhnya pada bahan yang ada dalam Internet.

