Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha sukarelawan dihargai

Dec 16, 2022 | 5:30 AM
IKHLAS SUMBANG TENAGA: Penghargaan kepada sukarelawan pekerja asing, warga Bangladesh di Masjid Ar-Raudhah. Mereka memberi pelbagai bentuk kerjasama apabila ada projek yang dianjurkan oleh Masjid Ar-Raudhah. - Foto MASJID AR-RAUDHAH
IKHLAS SUMBANG TENAGA: Penghargaan kepada sukarelawan pekerja asing, warga Bangladesh di Masjid Ar-Raudhah. Mereka memberi pelbagai bentuk kerjasama apabila ada projek yang dianjurkan oleh Masjid Ar-Raudhah. - Foto MASJID AR-RAUDHAH -

MASJID Ar-Raudhah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan yang menggembleng tenaga untuk menggerakkan kegiatan-masjid.

Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan berkata, para sukarelawan adalah tunggak utama yang penting bagi menyumbang kepada masjid, selain daripada pegawai-pegawai masjid itu sendiri.

"Peranan sukarelawan sangat besar kerana mereka membantu masjid dalam menjalankan khidmat kebajikan dan strategi dakwah untuk masyarakat Islam.

"Kegigihan para sukarelawan di Masjid Ar-Raudhah dilihat sangat menakjubkan. Sebaik sahaja kami memerlukan sukarelawan, pasti ramai yang menawarkan diri untuk menyumbang tenaga dengan penuh semangat demi membantu masjid.

"Sumbangan mereka sangat jelas terutama sekali ketika musim pandemik yang melanda seluruh dunia, dua tahun lalu.

"Dalam tempoh yang sangat mencabar itu, para sukarelawan hadir demi menyokong Masjid Ar-Raudhah sehingga masjid mampu meneruskan kegiatan ibadah dengan baik ketika itu.

"Oleh itu, Masjid Ar-Raudhah mengadakan Hari Apresiasi Sukarelawan pada 10 Disember lalu bagi meraikan usaha cemerlang mereka seperti mana yang dilakukan pada setiap tahun.

"Kami turut menghargai usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang menyediakan Anugerah Perkasa kepada sukarelawan yang telah sama-sama memberi khidmat SafeEntry atau menjaga bahagian kemasukan selamat, dan menguruskan keselamatan jemaah yang datang bersolat di Masjid Ar-Raudhah semasa pandemik Covid-19," jelas Ustaz Mohamed Ali

Pegawai Dakwah Masjid (MRO) Masjid Ar-Raudhah, Ustazah Nur Adila Selamat, yang turut menguruskan Unit Sukarelawan menjelaskan, terdapat kumpulan sukarelawan yang menjalankan tanggungjawab dengan sempurna di Masjid Ar-Raudhah ini.

"Antara kumpulan sukarelawan yang terlibat di masjid ini adalah Unit Muslimah, Qaryah, Belia, Befriender (pendamping penerima zakat), warga Bangladesh dan penjaga SafeEntry.

"Kesemua mereka berkhidmat dengan sangat ikhlas dan komited bagi menghulurkan tenaga untuk membantu kebajikan masyarakat di Masjid Ar-Raudhah, khususnya di saat masjid benar-benar memerlukan tenaga sukarelawan.

"Mereka banyak membantu dalam pengurusan keselamatan Covid-19, SafeEntry, proses sanitasi, pengawalan orang ramai dan sebagainya.

"Pada masa yang sama, mereka juga banyak membantu kami dalam menguar-uarkan mengenai Program Peningkatan Masjid (MUP) Masjid Ar-Raudhah ini.

"Contohnya, Unit Muslimah telah berjaya mengadakan tabung MUP dan kumpulan Qaryah pula menjalankan kutipan derma melalui usaha jualan kurma dan banyak lagi bakti yang dicapai oleh unit sukarelawan di Masjid Ar-Raudhah sendiri.

"Setiap sukarelawan mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

"Antara mereka ialah peguam, jurutera perisian, jururawat, pelajar dari institusi tempatan, pekerja-pekerja asing dan pelbagai lagi.

"Justeru, Masjid Ar-Raudhah berasa sangat beruntung kerana semangat tolong-menolong dalam diri sukarelawan kami yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini amat mengagumkan dan membanggakan.

"Terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan yang komited menjadi tulang belakang kami dalam menjayakan aktiviti-aktiviti masjid," ujar Ustazah Nur Adila.

CARA MENYUMBANG

Berikut cara-cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

- PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan "Infak MUP" dalam ruangan rujukan.

Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.

- Pemindahan akaun semasa OCBC 501-806368-001

- Cek atas nama: 'Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah' dan hantarkan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

- Imbas kod QR yang disediakan di bawah ini untuk memberikan sumbangan anda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg