Premium
Di bawah lindungan payung
Sekitar 300 payung raksasa akan dipasang di halaman Masjidil Haram bagi lindungi jemaah daripada cuaca panas
Dec 19, 2014 | 5:30 AM
BAKAL BERTEDUH: Jemaah haji dan umrah bakal terlindung daripada terik matahari semasa melaksanakan ibadah apabila payung raksasa, mirip yang ada di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah (gambar sisipan), dipasang nanti. - Foto-foto AFP, ARAB NEWS -
MAKKAH: Dengan suhu Makkah yang antara 38 hingga 41 darjah Celsius setiap hari, pembinaan payung hidraulik merupakan jalan penyelesaian terbaik melindungi lantai marmar daripada cahaya matahari yang terik.
Payung yang bertujuan melindungi jemaah daripada terik matahari berupa ratusan atap yang menyerupai payung raksasa akan dipasang di dataran Masjid Al-Haram - mirip dengan payung yang kini dipasang di Masjid Nabawi di Madinah.

