Premium
'Ikut jalan sederhana agar Islam sesuai setiap waktu'
Profesor Shihab beri contoh Rasulullah yang banyak tunjukkan peribadi sederhana
Feb 3, 2017 | 5:30 AM
PROFESOR SHIHAB: Berpendapat bahawa seorang Muslim mesti ada pengetahuan, kewaspadaan dan harus dapat mengendalikan emosi untuk menghindari sikap melampau batas. - Foto M.O. SALLEH -
ISLAM menuntut umatnya supaya bersikap sederhana kerana hanya dengan mengikuti jalan pertengahan sahaja membolehkan agama itu sesuai, relevan dan dapat diterima pada setiap waktu dan tempat.
Namun, untuk memiliki sikap sederhana yang bertentangan dengan sikap melampau atau ekstrem, ada beberapa ciri yang perlu dimiliki masyarakat Islam.

