Topic followed successfully
Go to BHkuJasa burung hud hud dalam Islam
Jasa burung hud hud dalam Islam
Jasa burung hud hud dalam Islam
DALAM rencana lalu yang mengupas surah An-Naml, perihal Nabi Musa as dan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepadanya serta mukjizat Nabi Sulaiman as yang boleh berhubungan dengan haiwan, mengawal bala tentera daripada segenap makhluk dan kebolehannya menakluk angin telah dibincangkan.
Banyak kisah haiwan yang disebutkan dalam Al-Quran, hadis, dan riwayat sejarah Islam. Burung hud hud menjadi salah satu haiwan yang dimuliakan kerana jasanya yang begitu besar terutama dalam mencari maklumat. Buku Kisah-kisah Terbaik Hewan dalam Al Quran karya Tsurayya Al-Birruni, menerangkan bahawa burung hud hud menjadi haiwan yang berjasa dalam membantu Nabi Sulaiman mengingatkan umatnya agar senantiasa menyembah Allah swt.

