PADA suatu hari seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah saw.
Katanya: "Wahai Rasulullah, bilakah kiamat akan berlaku?"
Mendengar soalan ini, Nabi saw bertanya kembali: "Apa persiapanmu untuk menghadapinya?"
Lelaki itu menjawab: "Aku tidak memiliki apa-apa persiapan. Akan tetapi aku sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya."
Rasulullah saw bersabda: "Engkau akan bersama orang yang engkau cintai."
Anas bin Malik, yang menceritakan kisah ini, berkata: "Tiada sesuatu yang membuat kami bergembira melebihi kegembiraan kami apabila mendengar sabda Nabi saw bahawa "engkau akan bersama orang yang engkau cintai"."
Lalu Anas berkata: "Aku mencintai Nabi saw, Abu Bakar dan Umar. Aku berharap akan dibangkitkan bersama mereka meskipun aku tidak mampu beramal seperti mereka." (HR Bukhari).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg