Topic followed successfully
Go to BHkuKapal tangkap paus Jepun dapat sijil halal
Premium
Kapal tangkap paus Jepun dapat sijil halal
Feb 9, 2014 | 6:00 AM
Kapal tangkap paus Jepun dapat sijil halal
SUMBER PROTEIN: Umat Islam di Jepun boleh menikmati daging ikan paus halal selpas kapal induk penangkapan ikan paus Jepun mendapat sijil halal memotong ikan itu. -
KAPAL induk penangkapan ikan paus Jepun telah mendapat sijil halal untuk membuktikan ikan paus yang ditangkapnya dari Lautan Antartika dipotong mengikut hukum Islam. Demikian menurut seorang jurucakap syarikat itu baru-baru ini.
Kapal tersebut, Nisshin Maru, mendapat sijil halal itu tahun lalu sebelum ia belayar ke Lautan Selatan untuk memburu ikan paus pada musim ini, kata jurucakap pemilik kapal, Kyodo Senpaku.

