Topik diikuti
Pergi ke BHkuKeluarga hafiz
Premium
Keluarga hafiz
Adik-beradik Ustaz Zahil dibesarkan dengan 'sajian' Al-Quran setiap hari dengan ibu bapa yang tunjukkan contoh dengan mengikuti kelas mengaji
Dec 16, 2016 | 5:30 AM
Keluarga hafiz
KELUARGA PENCINTA QURAN: (Dari kiri) Ustaz Zahil bersama abahnya, Ustaz Zakaria Md Shariff Alhafiz, 50 tahun, pemegang 10 qiraat dan Ketua Hakim Musabaqah Tilawah Al-Quran Kebangsaan Singapura; ibunya, Ustazah Noormala Sujuddin, 50 tahun, pemegang tujuh qiraat; kakak, Ustazah Nurzafeerah, 27 tahun, pemegang ijazah Sarjana Syariah wa Usul dari Universiti Malaya; isteri, Ustazah Sharifah Hayatunnur Mohamed, 26 tahun, pemegang ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu Universiti Malaya; dan adik, Ustaz Md Zaki Ariffin, 21 tahun, masih menuntut di Jordan. - Foto ZAINAL YAHYA -
BELIAU dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai cinta yang mendalam terhadap Al-Quran, di mana kededua ibu bapanya cuba menyemai rasa cinta itu dan juga membiasakan anak-anak mereka dengan Al-Quran.
Namun, lebih istimewa lagi, keluarga Ustaz Zahil Zakaria terdiri daripada 'hafiz' dan 'hafizah' yang telah menghafal seluruh kandungan Al-Quran.
