Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khutbah: Masyarakat Islam tidak harus patah semangat, terus laksana ibadah dengan baik

Apr 17, 2020 | 1:06 PM
MENDUKUNG KEIHSANAN: Muis menerusi teks khutbah hari ini antara lain mendorong anggota masyarakat Islam di sini menghulur bantuan "kepada masjid-masjid kita atau keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan secara online ataupun melalui badan-badan kebajikan yang diiktiraf".
MENDUKUNG KEIHSANAN: Muis menerusi teks khutbah hari ini antara lain mendorong anggota masyarakat Islam di sini menghulur bantuan "kepada masjid-masjid kita atau keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan secara online ataupun melalui badan-badan kebajikan yang diiktiraf". - THE STRAITS TIMES

MESKIPUN menghadapi keadaan yang mencabar di tengah-tengah penularan koronavirus, masyarakat Islam di negara ini diminta untuk tidak patah semangat dan melaksanakan amalan dan ibadah mereka dengan sebaik.

"Sedang kita menghadapi ujian penularan virus ini, kita sebenarnya hampir memasuki bulan Ramadan. Sama-samalah kita berusaha untuk melaksanakan amalan dan ibadah kita dengan sebaik yang mungkin.

"Sungguhpun terdapat keterbatasan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan pada tahun ini, ia tidak seharusnya mematahkan semangat kita untuk melakukan yang terbaik di bulan Ramadan nanti," menurut teks khutbah yang seharusnya disampaikan kepada para jemaah yang menunaikan sembahyang Jumaat di masjid-masjid serata negara, hari ini.

Teks yang diterbitkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang bertemakan 'Sifat Mahmudah: Ithar' itu juga mengharapkan masyarakat Muslim terus memanfaat peluang yang ada dengan pererat hubungan antara ahli keluarga dengan beribadah bersama, dan mengingati orang tua yang tidak tidak serumah.

"Beribadahlah bersama keluarga kita di rumah. Tanyalah khabar orang tua kita sungguhpun kita tidak dapat bertemu mereka."

'Sifat Mahmudah' adalah istilah dalam bahasa Arab, bererti sifat terpuji seseorang insan menerusi kelakuan dan tingkah laku yang mulia seperti suka menderma.

'Ithar' juga istilah bahasa Arab yang bermaksud mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain.

Dalam satu hal lain, Muis menerusi teks khutbah itu juga mendorong anggota masyarakat Islam di sini menghulur bantuan "kepada masjid-masjid kita atau keluarga-keluarga yang memerlukan secara online ataupun melalui badan-badan kebajikan yang diiktiraf".

Masyarakat Islam juga dianjurkan agar memberi 'sinar harapan' dan keceriaan dalam kehidupan mereka yang memerlukan terutamanya anak-anak kecil, dengan menyertai program keluarga titipan yang dikelolakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Kata Muis, menurut dapatan terkini, sebahagian besar daripada anak-anak yang mengharapkan peluang untuk hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia, terdiri dari anak-anak Islam kita.

"Ada anak-anak ini yang didera, diabaikan atau ditinggalkan. Ada juga anak-anak ini mempunyai keperluan khas yang memerlukan kepada kasih sayang, penjagaan dan perlindungan dari sebuah keluarga. Agama kita sangat menganjurkan kita untuk menjaga anak-anak yang memerlukan perlindungan. Inilah peluang untuk kita menghulurkan bantuan dan sokongan kepada anak-anak ini agar mereka juga dapat merasakan kehidupan dalam sebuah keluarga yang sempurna," menurut perutusan terkandung dalam khutbah hari ini.

Dalam meningkatkan keihsanan dan kasih sayang, Muis menerusi teks tersebut menerangkan bahawa terdapat banyak ruang dan peluang untuk masyarakat Islam di sini membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

"Kita juga boleh mengongsikan kelebihan yang kita nikmati kepada mereka yang kurang kemampuan. Tambahan dari ini, kita berpeluang untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka yang sedang 4 dalam keadaan kesedihan dan keresahan," menurut Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg