Ingin memahami dengan lebih mendalam tentang surah-surah lazim? Ingin tahu manfaat daripada surah harian? Atau anda sedang mencari kelas tafsir yang santai?

Jemputlah ke Masjid Al-Khair.

Masjid Al-Khair akan mengadakan kuliah bertajuk, Perisai Dari-Mu, yang disampaikan oleh Ustaz Haron Hassan Akhtar, setiap Isnin selepas solat maghrib.

Kuliah tersebut akan menyentuh mengenai tafsir surah-surah lazim, antaranya Surah Yaasin dan Surah Ar-Rahman.

Surah-surah ini mengandungi kunci kesejahteraan di dunia dan akhirat bagi yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh.

Kuliah itu akan diadakan sepanjang Mei hingga Julai, kecuali 17 Jun, iaitu Hari Raya Haji.

Semua dipersilakan hadir.