Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laksana matahari yang menghapuskan kegelapan malam

Oct 25, 2020 | 5:30 AM
SAMBUTLAH SECARA SEDERHANA: Hindarkan diri daripada melakukan yang keterlaluan dalam mengingati Nabi saw kerana dikhuatiri kita tergelincir ke arah syirik dan kufur.
SAMBUTLAH SECARA SEDERHANA: Hindarkan diri daripada melakukan yang keterlaluan dalam mengingati Nabi saw kerana dikhuatiri kita tergelincir ke arah syirik dan kufur. -

KETIKA Islam terdahulu tumbuh ia hanya ditempatkan di sesuatu tempat tertentu sahaja.

Sayapnya tidak dipanjangkan ke merata alam ini. Ia tidak dipanjangkan untuk sampai ke akhir hayat sehinggalah Islam yang dipikul oleh Nabi Muhammad saw.

Allah berfirman:

"Dan tidaklah kami mengutus kau kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta." - ayat 107 surah Al Anbia'.

Dari saat ini Allah menerangkan bahawa Allah memberi rahmat-Nya kepada seluruh alam ini melalui Nabi Muhammad saw.

Maka dengan sendirinya Islam yang sebelumnya, telah terbubar dengan Islam yang datang kemudian ini.

Ia laksana matahari yang menghapuskan kegelapan malam dan menghilangkan cahaya bulan dan bintang-bintang sebaik sahaja siang menjelang.

TABUR BENIH

Baginda menaburkan benihnya kepada bangsanya daripada orang-orang Arab yang mendukung risalahnya menyebarkan sinaran agama ini keluar dari tanah Arab menjelajah ke seluruh dunia.

Orang-orang Arab dididik menjadi orang-orang yang beradab dan berpengetahuan.

Kalau dahulunya mereka buta huruf, Islam menukar mereka kepada celik huruf; kalau dahulunya mereka tidak berperasaan sehingga sanggup membunuh anak-anak perempuan mereka, Islam menghentikan perbuatan buruk ini.

Kalau sebelumnya mereka tidak punya kebudayaan antara bangsa, mereka berubah menjadi bangsa yang bertamadun dan berbudi tinggi.

Orang-orang Arab menjadi bangsa yang terhormat, mulia, disegani dan beroleh kemenangan dan kehidupan mewah disebabkan oleh putera mereka yang memimpin, menggerakkan dan memajukan mereka.

Dengan sebab-sebab ini memang sepatutnya orang-orang Arab lebih dahulu menyambut kelahirannya sebagai mensyukuri nikmat Allah kepada mereka. Tiada nikmat yang mengatasi nikmat Islam.

Pada masa mereka hidup bersama Nabi Muhammad saw mereka melihatnya, menemuinya, berkomunikasi dengannya dan sentiasa mendengar ajaran-ajarannya.

Justeru, mereka tidak perlu atau tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan penghormatan yang lebih daripada tindakan mereka menyokongnya mendirikan dan mempertahankan negara baharu mereka.

Waktu itu Baginda dan sahabat-sahabatnya sangat sibuk dengan peperangan-peperangan yang tidak berhenti. Keselamatan Nabi sangat dibimbangi, begitu juga dengan negara mereka yang diancam musuh-musuh mereka yang terdiri daripada orang-orang musyrik, kafir dan ahli Kitab. Sebab itulah mereka tidak terfikir untuk mengekspresikan sambutan kelahiran Baginda kerana matlamat mereka ketika itu ialah mentaatinya sahaja.

Tidaklah benar tuduhan sesetengah pihak bahawa jika kita menyambutnya, kita terikut-ikut dengan perbuatan orang-orang lain.

Kita tidak sama dengan mereka. Kita menyambut kelahirannya sebagai pernghormatan dan kesyukuran sahaja. Tetapi, mereka menyambutnya sebagai istiadat agama mereka.

SAMBUTAN BUKAN PERIBADATAN ATAU SUNNAH

Pada kita sambutan kita terhadap kelahirannya bukan suatu peribadatan atau sunnah, tetapi setakat sambutan penghargaan atas jasa-jasanya kepada kita dan tanda kekaguman kita terhadapnya.

Justeru, sambutan kelahiran Nabi Muhammad saw bukan lah suatu ibadah atau keagamaan. Oleh itu ia bukan termasuk dalam bidaah.

Kita patut menyambut kelahiran Baginda, tetapi dengan cara yang tidak melewati atau melepasi sempadan-sempadan yang halal menurut ajaran Islam.

Sambutlah secara sederhana. Hindarkan diri daripada keterlaluan atau ghluw kerana dikhuatiri kita tergelincir ke arah syirik dan kufur.

Jika kita mengaku bahawa kita adalah pengikut Nabi Muhammad saw sambutlah kelahirannya, sambutlah dengan sesuatu yang tidak dibenci oleh Allah swt.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg