Madrasah Al-Arabiah tawar bahasa Bengali di sekolah sokong pelajar pelbagai bangsa
Premium
Madrasah Al-Arabiah tawar bahasa Bengali di sekolah sokong pelajar pelbagai bangsa
Oct 29, 2021 | 5:30 AM
METERAI MOA: Pengetua MAI, Encik Herman Cher Main (kiri), selepas menandatangani memorandum perjanjian persetujuan (MOA) bersama Presiden BLLS, Encik Chowdhury Soofi Nur Ul Mowla, baru-baru ini. - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (MAI) -
BARU-BARU ini, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) telah menandatangani memorandum perjanjian persetujuan (MOA) dengan Persatuan Bahasa dan Kesusasteraan Bangla (BLLS) Singapura bagi menawarkan bahasa Bengali sebagai salah satu kurikulum bahasa ibunda yang ditawarkan di madrasah itu.
Buat masa ini MAI adalah satu-satunya madrasah yang menawarkan bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda selain daripada bahasa Melayu.

