Masjid Al-Khair anjur Maulidur Rasul
Jan 26, 2024 | 5:30 AM
ACARA UTAMA: Majlis akan menampilkan Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat yang akan menyampaikan ceramah bertajuk Meneladani Akhlak Nabi untuk Kedamaian Hati. - Foto MASJID AL-KHAIR
Masjid Al-Khair dengan kerjasama Persatuan pembangunan Akhlak dan Insan (MHDS) akan mengadakan Majlis Maulidur Rasul pada 27 Januari di dewan solat utama masjid.
Majlis itu akan menampilkan Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat yang akan menyampaikan ceramah bertajuk Meneladani Akhlak Nabi untuk Kedamaian Hati.
Acara akan bermula dari 7.30 hingga 10 malam dan akan diselang-selikan dengan bacaan Maulid Dibai’e oleh Kumpulan MHDS, qasidah dan mahallul qiam.
Jemaah dialu-alukan menyumbang kepada dana Maulidurrasul 1445H.
Laporan berkaitan
Peranan ayah bukan sekadar cari nafkahJan 24, 2024 | 11:38 PM
Kelebihan dan pengajaran dari Surah Al-FatihahJan 24, 2024 | 11:56 PM


