Untuk menggalakkan amalan 3M – Membaca, Memahami dan Menghayati Al-Quran – Masjid An-Nur akan menganjurkan ‘Hari Saeedah Bersama Al-Quran’ pada 15 Februari.

Temasya sepanjang hari dari 9 pagi hingga 10 malam itu bertujuan mendekatkan masyarakat Muslim dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan sumber inspirasi.