KURMA Ajwa merupakan kurma tradisi yang paling popular di negara Arab Saudi mahupun di Singapura sendiri. Disebut sebagai 'kurma Nabi', ia juga sering dijadikan sebagai pencuci mulut untuk hidangan berbuka puasa.
Rasulullah
saw sendiri amat menyukai kurma Ajwa sehingga menganjurkan pemakanan kurma Ajwa melalui sabda Baginda iaitu: "Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu." - (Riwayat Al-Bukhari)
Selain kemanisan kurma Ajwa yang sangat asli, makanan sunah ini juga mengandungi nutrisi serta pelbagai khasiat.
Pengambilan kurma secara harian akan meningkatkan prestasi kesihatan tubuhn manusia,
Antara khasiat lain kurma Ajwa ialah ia memiliki sumber karbohidrat dan tinggi dengan potasium yang mampu membekalkan tenaga berpanjangan, khususnya di bulan Ramadan ini.
Selain itu, kandungan serat buah kurma Ajwa juga mengandungi enzim yang melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan usus.
Mengambil manfaat daripada kelebihan tersebut, Pasar Kurma Al Barakah membekalkan dua produk terbaru berasaskan kurma Ajwa.
Pengarah Pemasaran Pasar Kurma Al Barakah, Encik Abdul Rahman Bahurudeen, berkata:
"Pada bulan Ramadan ini, rasai keenakan kurma Ajwa melalui ekstrak yang dibentuk menjadi Kordial Kurma Ajwa dan Sirap Kurma Ajwa.
"Penggunaannya senang sahaja. Campurkan kordial kurma Ajwa bersama air sejuk, yang boleh diminum sebagai pembuka selera di waktu sahur atau berbuka puasa.
"Bagi sirap kurma Ajwa pula, ia sangat sesuai dihidangkan bersama pankek atau hidangan pencuci mulut yang lain. Pastinya, produk ini akan menceriakan waktu makan anda bersama keluarga tersayang."
Nikmati Ramadan anda dengan pembelian produk ini yang berharga $12 sebotol. Anda juga boleh membeli tiga botol dengan harga $30 sahaja, yang menawarkan penjimatan sebanyak $6.
BELANJA DI AL BARAKAH
Kunjungi laman rasmi toko kurma Al Barakah di shop.barakah.sg.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 6805-1660, 6805-1659 atau 9098-9977.
Kunjungi Al Barakah berdekatan anda - Al Barakah Ang Mo Kio, Al Barakah Boon Lay Halal Mart, Al Barakah Boon Lay Shopping Centre, Al Barakah Bukit Gombak, dan Al Barakah Bukit Gombak 2. Al Barakah mempunyai dua cawangan di Bukit Gombak.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg