Premium
Qariah Kelantan bimbing pelajar Al-Irsyad
Apr 4, 2014 | 6:00 AM
PAKAR LUAR NEGARA: Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah mendapatkan khidmat johan qariah tilawah sebanyak lapan kali iaitu Hajah Faridah Haji Mat Saman, dari Kelantan, Malaysia, membimbing sekumpulan pelajar sebagai persiapan untuk menyertai Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran (MTTQ) Kebangsaan Singapura 2014. -
SEJAK September lalu, Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah telah mendapatkan khidmat pembimbing pakar dari Kelantan, Malaysia, bagi melatih pelajarnya mengasah pembacaan dalam ilmu Al-Quran dalam usaha membangun kumpulan qari dan qariah cilik.
Sebagai permulaan, pihak madrasah telah menerbangkan tokoh yang bukan calang-calang iaitu Hajah Faridah Haji Mat Saman, 65 tahun, yang mencatat sejarah sebagai qariah yang paling banyak menjuarai tilawah peringkat antarabangsa iaitu sebanyak lapan kali bagi membimbing pelajar yang menyertai pertandingan.

