Soalan: Seseorang mendakwa telah melihat anak bulan walaupun tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei-Indonesia-Malaysia-Singapura (Mabims). Adakah dakwaan ini boleh diterima?

Jawapan: Tidak. Ini kerana kriteria tersebut berdasarkan kiraan astronomi yang hampir kepada kepastian (Qarib Ila al-Yaqin) hasil daripada 737 cerapan, manakala rukyah hilal bersifat sangkaan (Zanni) dan berpotensi untuk berlaku kesilapan.