November telah pun berlalu, dan kini anak, cucu atau ada dalam kalangan anggota keluarga baru sahaja selesai menghadapi cabaran peperiksaan akhir tahun – sama ada peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’, peringkat ‘A’, atau peperiksaan lain.

Saat sebegini mengingatkan saya kembali kepada memori yang tidak akan saya lupakan sewaktu di bangku sekolah.