SECARA umum, perbuatan bohong atau dusta adalah antara sifat tercela yang dibenci oleh Allah swt.
Ini kerana sesebuah pembohongan tidak hanya memberi kerugian orang lain, malahan merugikan diri sendiri.
Pada dasarnya, berbohong adalah haram dalam Islam.
Namun, tidak semua pembohongan secara mutlak itu menjadi haram kerana terdapat beberapa keadaan tertentu yang diperbolehkan untuk tidak bercakap benar.
ISTILAH 'BOHONG SUNAT'
Ustaz Ahmad Dahri membuat penjelasan:
"Dalam agama Islam sendiri, tiada istilah 'bohong sunat' seperti yang sering diperkatakan. Istilah 'diperbolehkan' tidak bermaksud 'disunatkan'.
"Ia sekadar dibolehkan hanya untuk menutup kebenaran sesebuah fakta.
"Tujuannya bukan untuk berbohong, tetapi untuk menutup kebenaran.
"Sebaiknya, elakkan penggunaan perkataan 'sunat' untuk berbohong kerana ia tidak mencerminkan kalimah yang baik."
"Dalam erti kata lain, jangan iringi perkataan 'bohong' itu dengan perkataan 'sunat'.
"Walaupun dibenarkan, ia hanya untuk keadaan tertentu sahaja."
"Sebaliknya, gunakan perkataan 'harus' dalam keadaan sebegini. Harus di sini bermaksud diperbolehkan mengikut syarak berasaskan keadaan tertentu."
KEADAAN DIHARUSKAN BERBOHONG
Perkataan 'tipu' atau 'bohong sunat' sering digunakan oleh segelintir individu dengan tujuan untuk melepaskan diri daripada suatu keadaan.
Namun, Ustaz Ahmad Dahri berkata perbuatan ini tidak dijadikan sebagai satu amalan kerana ia tidak dibenarkan dalam Islam, melainkan dengan beberapa pengecualian.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg