Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usah banding diri, setiap manusia miliki keistimewaan tersendiri

Mar 14, 2025 | 5:30 AM
Setiap manusia dibentuk untuk memiliki keistimewaan tersendiri, dan yang paling utama di sisi Allah swt bukanlah rupa paras atau harta benda, tetapi ketakwaan dan kebaikan hati.
Setiap manusia dibentuk untuk memiliki keistimewaan tersendiri, dan yang paling utama di sisi Allah swt bukanlah rupa paras atau harta benda, tetapi ketakwaan dan kebaikan hati. - Foto ISTOCKPHOTO

TAFSIR SURAH ALI IMRAN

Surah Ali Imran merupakan surah ketiga dalam Al-Quran dan dinamakan demikian kerana ia menyebut tentang keluarga Imran, keutamaan mereka, serta kisah Maryam dan puteranya, Nabi Isa as, yang merupakan keturunan keluarga Imran.

Di antara tema utama surah satu hingga sembilan ini adalah untuk menegaskan kebenaran Al-Quran dan Islam, serta menolak syubhat (kesamaran hukum antara yang halal dengan haram), yang ditimbulkan oleh ahli kitab terhadap wahyu, agama Islam dan Rasulullah saw.

Ia juga menegaskan keesaan Allah swt serta membantah golongan musyrik yang menyembah selain-Nya, dengan ancaman bahawa kesudahan mereka adalah kebinasaan.

Selain itu, surah ini membahas debat antara Rasulullah saw dengan Nasrani Najran mengenai Nabi Isa as serta membuktikan kesalahan mereka dengan hujah yang jelas.

Surah ini turut menasihati umat Islam agar bersabar, mengingatkan mereka tentang kisah perjuangan para sahabat dalam Perang Uhud dan Badar, serta pengajaran yang dapat diambil daripada kedua-dua peristiwa tersebut.

Ia juga menyeru manusia agar merenungi kebesaran alam, sebagai bukti kewujudan dan kekuasaan Allah swt.

Rasulullah saw telah menyebut beberapa kelebihan surah ini, sebagaimana sabdanya:

“Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi para pembacanya. Bacalah dua surah yang bersinar, iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat seperti dua awan atau seperti dua bayangan besar, atau seperti dua kumpulan burung yang berbaris, yang akan membela para pembacanya.” (HR Muslim).

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada awal Surah Ali Imran bahawa setiap manusia diciptakan oleh Allah swt dengan rupa, bentuk, dan sifat unik.

Allah swt, dengan hikmah dan kasih sayang-Nya, telah menentukan setiap perincian dalam kejadian kita – daripada warna kulit, ketinggian, hingga bakat dan kelemahan kita.

Tiada sesuatu pun yang terjadi secara kebetulan kerana segala sesuatu diciptakan dengan tujuan dan kebijaksanaan yang mendalam.

Maka, redalah dengan ketetapan-Nya, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Janganlah membandingkan diri dengan orang lain atau berasakan diri kurang sempurna.

Setiap manusia memiliki keistimewaan tersendiri, dan yang paling utama di sisi Allah swt bukanlah rupa paras atau harta benda, tetapi ketakwaan dan kebaikan hati.

Segala yang dicipta ada tujuan 

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada awal Surah Ali Imran bahawa setiap manusia diciptakan oleh Allah swt dengan rupa, bentuk, dan sifat yang unik. Allah swt, dengan hikmah dan kasih sayang-Nya, telah menentukan setiap perincian dalam kejadian kita – daripada warna kulit, ketinggian, hingga bakat dan kelemahan kita. 
Laporan berkaitan
Penutup Surah Al-BaqarahMar 4, 2025 | 3:25 PM
Hati-hati apabila berhutangFeb 25, 2025 | 10:03 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg