Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha laksana tiga cabang sabar dalam kehidupan

Aug 30, 2024 | 5:30 AM
Kehidupan manusia sentiasa berubah antara kesenangan dengan kesusahan. Apabila seorang hamba diuji, emosi yang tidak terkawal hanya dapat diatasi dengan kesabaran, yang memberikannya harapan bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik.
Kehidupan manusia sentiasa berubah antara kesenangan dengan kesusahan. Apabila seorang hamba diuji, emosi yang tidak terkawal hanya dapat diatasi dengan kesabaran, yang memberikannya harapan bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik. - Foto AFP

Ayat 146 hingga 153 daripada Surah Al-Baqarah mengupas fenomena penukaran kiblat yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw.

Allah swt memerintahkan umat Islam supaya menghadap Kaabah ketika melaksanakan ibadah solat, tidak kira di mana mereka berada.

Maka setelah mengupas hal ehwal penukaran kiblat, Allah swt berfirman dalam ayat yang ke-153:

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

Allah swt menyebutkan bahawa Dia selalu bersama mereka yang bersabar. Namun apakah hakikat kesabaran di dalam konteks kehidupan kita sebagai umat Islam?

Adakah sabar hanya terbatas kepada menahan emosi ketika berlakunya sesuatu yang tidak diingini?

Imam Ibn Qayyim menyebutkan bahawa kesabaran itu mempunyai tiga cabang.

Pertama, bersabar dalam menghadapi ujian.

Kehidupan manusia sentiasa berubah antara kesenangan dengan kesusahan.

Apabila seorang hamba diuji, emosi yang tidak terkawal hanya dapat diatasi dengan kesabaran, yang memberikannya harapan bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik.

Seseorang yang beriman melihat kesabaran dalam menghadapi ujian sebagai peluang untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah swt dan menebus dosanya.

Kedua, adalah bersabar dalam menahan nafsu daripada melakukan kemaksiatan.

Menjauhi dorongan nafsu dan bisikan syaitan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Mereka yang mampu mengabaikan keinginan demi meraih keredaan Allah swt pastinya berhak menerima ganjaran besar.

Ketiga, adalah bersabar dalam melaksanakan perintah Allah swt.

Dalam melaksanakan suruhan Allah swt, kita tentu akan menghadapi beberapa kesulitan.

Komitmen untuk mentaati segala perintah agama memerlukan sifat kesabaran agar kita dapat melaksanakannya dengan ikhlas dan sempurna, walaupun dalam apa jua keadaan.

Ketiga-tiga cabang kesabaran ini adalah ciri-ciri orang penyabar yang sentiasa didampingi oleh Allah swt.

Usahakan untuk melaksanakan ketiga-tiga cabang ini dengan sempurna, agar Allah swt sentiasa bersama kita pada setiap masa.

KELEBIHAN BERSABAR

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
– Surah Al-Baqarah, ayat 153.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg