Premium
Hubungan kerajaan PN dan Istana kelihatan rapuh
Jul 31, 2021 | 5:30 AM
-
HUBUNGAN baik pemerintah Perikatan Nasional (PN) dengan Istana Negara yang dijalinkan sejak 17 bulan lepas, nampak sudah ada keretakan berikutan isu pembatalan Ordinan Darurat 2021 yang diumumkan di Parlimen pada 26 Julai lepas.
Hubungan kerajaan dengan pihak Istana Negara mula menjadi perhatian umum sejak penolakan permohonan Proklamasi Darurat pada Disember 2020 oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas berbincang dengan raja-raja Melayu.

