Premium
Hubungan Umno dan Bersatu bagai retak menanti belah
Apr 10, 2021 | 5:30 AM
TETAPKAN HALA TUJU UMNO: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami (tengah) di ketika tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Umno pada 27 Mac lalu dengan diiringi Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri). - Foto UTUSAN MALAYSIA -
SELEPAS selesainya Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 pada bulan lepas, yang meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ramai yang kecewa dengan tindakan pasif parti terbesar gabungan parti Barisan Nasional (BN) itu.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sehingga hari ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung hasil PAU itu, malah beliau tetap berdiam diri walaupun diasak kiri kanan oleh anggota parti dan musuh dalam selimut parti.

