Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN: TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Ideologi sebaran Zulfikar cipta keadaan bagi sifat ekstrem untuk mekar

Aug 01, 2016 | 05:30 AM



REAKSI umum masyarakat menyusuli penangkapan Zulfikar Mohamad Shariff, yang dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, ialah sudah tiba masanya seorang individu sedemikian ditangani undang-undang.



Zulfikar, menerusi pos akaun media sosial peribadinya mahupun laman Facebooknya, Al-Makhazin, mempunyai satu motif semata-mata iaitu menyemai benih kebencian dengan memberi maklumat palsu kepada pengikutnya selain melemahkan kepimpinan dan institusi masyarakat.



Dalam dia sendiri mengetengahkan pandangan tegar, namun dia menolak lain-lain pandangan alternatif - yang lebih bersifat sederhana, progresif dan mengambil kira konteks kehidupan dalam dunia global hari ini.



Mereka yang mempunyai pandangan alternatif sedemikian dilabelnya sebagai Muslim liberal.



Ini bukan sifat seseorang yang benar-benar prihatin dan mahu menyumbang kepada kemajuan masyarakat.



Individu seperti Zulfikar, atau lebih tepat lagi pendirian yang dia perjuangkan, harus ditolak sekeras-kerasnya oleh masyarakat.



Dan daripada reaksi yang dikumpul akhbar ini sejak berita penangkapan itu diumumkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Jumaat lalu, masyarakat Islam Singapura jelas menolak pendirian ekstrem Zulfikar itu, yang tidak akan menghasilkan apa-apa kemajuan untuk masyarakat selain menyemai benih kebencian.



Dalam menolak pendirian Zulfikar dan bersetuju dia wajar ditangani undang-undang, namun, ada segelintir anggota masyarakat yang kurang yakin sepenuhnya bahawa dia seorang individu yang radikal.



Mereka ini menarik perhatian kepada beberapa catatan media sosialnya yang lebih bersifat sederhana dan tampak rasional.



Usah terpedaya.



Zulfikar mungkin tidak memenuhi setiap ciri-ciri individu yang radikal secara sendiri. Namun, sikap dan pendiriannya yang ekstrem tidak harus dipersoalkan. Zulfikar adalah jenis ekstremis yang lain daripada yang lain.



Dia mencerminkan gelombang fundamentalisme agama yang melanda rantau ini - yang dari memperkukuhkan masyarakat Islam, melemahkannya dengan ideologi dan pemikiran yang ketinggalan zaman, dan terkeluar daripada konteks kehidupan hari ini.



Daripada catatannya di media sosial, jelas Zulfikar menolak idea sebuah negara sekular, meskipun ironinya dia sendiri berhijrah ke sebuah negara sekular, Australia, yang lebih liberal dari kota Singa ini, apabila dia merasakan dirinya disasarkan pemerintah setempat pada awal 2000.



Lewat catatan media sosialnya juga, bertopengkan menegakkan syariah dan menyelamatkan umat Islam, Zulfikar mengagung- agungkan kumpulan ekstremis, malah dia sanggup mewajarkan pembunuhan.



Catatan dia dilengkapkan dengan kisah Rasulullah dan petikan hadis, yang diambil di luar konteks, sekali gus menjadi senjata berbahaya kepada golongan yang rentan untuk menjadi radikal.



Apa yang dia lakukan menghasilkan keadaan yang ideal bagi sifat ekstrem untuk mekar - dan ini adalah satu hakikat yang disedari Zulfikar, seorang individu yang berpendidikan. Dia merupakan calon PhD dalam hubungan antarabangsa di Universiti La Trobe di Melbourne



Kesannya ketara.



Salah seorang daripada mereka yang terpengaruh dengan Zulfikar, peniaga, Mohamed Saiddhin Abdullah, 33 tahun, dikenakan Perintah Sekatan (RO) setelah mengaku menjadi radikal dengan melayari bahan radikal yang dipos oleh Zulfikar.



Justeru, reaksi 'orang-orang biasa' dari dalam kalangan masyarakat kita, lewat penahanan Zulfikar, adalah sesuatu yang memberi keyakinan bahawa masyarakat Islam di Singapura menghargai keamanan, keharmonian dan cara hidup kita hari ini.



Namun, apa yang mendorong sikap ekstrem Zulfikar ialah rangkaian kecil 'penyokongnya' - yang boleh dilihat di akaun Facebook Al-Makhazin.



Justeru, kita yang terdiri daripada majoriti Muslim setempat yang menghargai nilai- nilai yang menjadikan kita sebuah negara berbilang agama dan bangsa yang harmoni dan berjaya harus terus lantang menolak pendirian yang bertentangan dengan nilai- nilai tersebut.



Menyebarluaskan naratif perpaduan dan sikap hormat menghormati adalah satu-satunya senjata memerangi kebencian dan kepalsuan yang cuba disemai individu seperti Zulfikar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >