Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Iltizam rakyat meraut kesatuan

Faishal ingatkan bahaya ucapan kebencian
Apr 5, 2019 | 5:30 AM
-

Semasa membahaskan Kenyataan Menteri mengenai Ucapan Kebencian di Parlimen Isnin lalu, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim menekankan peri penting membanteras ucapan kebencian kerana ia antara lain boleh memecah belahkan masyarakat dan tidak boleh dibenarkan dalam masyarakat yang menitik beratkan kesantunan dan berbudi pekerti. Berikut sedutan ucapannya.

KEBEBASAN bersuara ada kosnya. Apabila ia mengasingkan dan memecah belahkan masyarakat kita, ia kos yang tidak boleh kita tanggung. Ucapan kebencian boleh wujud dalam tweet atau komen biasa. Namun, kandungan dan niat jahat dengan mudah boleh menyebabkan ketakutan dan kecurigaan yang tidak berasas. Dengan perkembangan platform baru, ucapan kebencian kini mempunyai pelbagai bentuk yang boleh merebak, menghasut atau mewajarkan sebarang bentuk kebencian berdasarkan sikap tidak bertoleransi. Dalam negara berbilang budaya seperti Singapura, hakikatnya ada jurang pemisah. Ucapan kebencian, melebarkan jurang itu dan mewujudkan ruang gema yang boleh memecah belahkan masyarakat kita, dan mengancam intipati kewujudan kita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg