Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Isu buku 'Red Lines': Marah tapi respons ikut cara Nabi - secara baik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
0

PANDANGAN

Isu buku 'Red Lines': Marah tapi respons ikut cara Nabi - secara baik

Dapat elak perkara tidak diingini jika sifat rahmah, adab dihayati dan emosi dikawal
Jan 16, 2022 | 05:30 AM

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Peribahasa ini menggambarkan pentingnya kita bertutur dan bertindak secara beradab kerana kata-kata serta perbuatan kasar dan tidak sopan yang terlepas diucap atau dibuat, sukar ditarik balik.

PADAH BERUCAP ATAU BERTINDAK TANPA ADAB

Malah, hal in mempunyai akibat berbahaya, termasuk menyebabkan ketegangan yang boleh membawa kepada rusuhan dan kematian.

Sebagai contoh, beberapa serangan pengganas berlaku di Perancis selepas majalah Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW dua tahun lalu.

Ini termasuk kejadian seorang pemuda berusia 18 tahun dari Chechnya yang memenggal kepala mendiang Samuel Paty, seorang guru berusia 47 tahun, kerana tidak puas hati terhadap guru yang dikatakan telah menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW kepada muridnya semasa mengajar mengenai kebebasan bersuara.

Apabila Charlie Hebdo menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebelum itu pada 2015, perkara turut menimbulkan kemarahan ramai orang Islam hingga ribuan penduduk Islam, termasuk di Pakistan, Senegal, Mauritania, Jordan, Algeria, Palestin, Sudan, Lebanon, Russia dan Syria, bangkit membantah penerbitan edisi yang menghina Islam itu.

Majalah itu turut menjadi sasaran, dengan 12 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pejabatnya.

MATANG HADAPI CABARAN

Perbuatan atau kata-kata yang menghina dan merendahkan Nabi Muhammad saw serta Islam pastinya akan mengguris perasaan orang Islam.

Namun dalam suasana sarat dengan emosi, ketenangan dan kematangan diperlukan untuk mengelakkan tindakan melulu yang boleh membawa padah.

Masyarakat Islam di Singapura menunjukkan sifat matang dan penuh adab semasa berdepan dengan isu buku Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, yang ditolak Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA) kerana mengandungi imej menghina beberapa agama serta tokoh agama, termasuk beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad SAW, baru-baru ini.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), yang menyokong langkah IMDA itu, telah menyemak buku tersebut dan mendapati ia mengandungi beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad saw serta tokoh lain yang boleh mencetuskan diskriminasi terhadap Muslim, menghina Al-Quran dan merendahkan agama Islam serta menyinggung perasaan orang Islam.

Muis juga menyatakan bahawa kandungan sedemikian, yang memberikan gambaran negatif terhadap Islam dan orang Islam, malah sebarang agama lain, tidak boleh diterima lebih-lebih lagi dalam sebuah masyarakat berbilang agama seperti Singapura.

Buku tulisan Dr. Cherian George dan Encik Sonny Liew itu dilarang diedarkan di sini pada November lalu, sekitar dua bulan selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat.

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) turut menyuarakan sokongan mereka terhadap langkah IMDA melarang pengedaran buku itu di sini.

Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berkata:

"Ulama Islam melarang perbuatan melukis potret Nabi Muhammad SAW serta para Nabi lain untuk memelihara kedudukan dan kemuliaan mereka.

"Apatah lagi jika lukisan itu bertujuan untuk mempersenda atau merendahkan martabat Nabi dan agama Islam, maka adalah lebih utama dilarang penerbitan dan penyebarannya supaya dapat mengelakkan konflik yang merugikan semua pihak."

RAHMAH DAN ADAB

Masyarakat Islam, umumnya, berasa marah, namun mereka memahami perlunya bertindak secara rasional dalam usaha mempertahan maruah Nabi Muhammad saw, dibimbing dengan nilai rahmah atau kasih sayang kepada semua.

Tambahan pula, orang Islam juga wajar mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw yang tidak memberi reaksi keji apabila dipersenda, diejek dan dicemuh. Bahkan, Baginda selalu memperlihat kelakuan terpuji dalam menonjolkan agama Islam, yang menitikberatkan kesejahteraan, dengan menghulurkan rahmah.

Keganasan dan tingkah laku tidak baik tidak perlu dilawan dengan kekerasan sama dan rahmah kepada semua bermakna bukan hanya baik jika diperlaku dengan baik.

Malah, seperti yang ditunjukkan Nabi saw, apabila diperlakukan dengan tidak baik pun Baginda membalasnya dengan baik.

Adab dalam perbuatan dan pertuturan juga penting kerana ia dapat mewujudkan satu ruang membina dan positif, serta fokus pada sesuatu isu itu berbanding fokus pada emosi yang mungkin timbul.

Hasilnya, ini akan membolehkan pihak relevan melihat dan mendengar dengan teliti apa yang diutarakan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Ini juga akan mengelak daripada padah atau perkara tidak diingini berlaku, sekiranya sifat rahmah dan adab itu tidak dihayati serta emosi tidak dikawal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3