Topic followed successfully
Go to BHkuJangan kompromi jarak selamat dengan peluk dan salam
Jangan kompromi jarak selamat dengan peluk dan salam
Jangan kompromi jarak selamat dengan peluk dan salam
Wabak Covid-19 menular melalui dua cara . Cara langsung berlaku apabila seseorang terhidu titisan cecair yang mengandungi virus .
Ini terjadi apabila pesakit Covid -19 positif bersin atau batuk . Cara tidak langsung berlaku apabila seseorang tersentuh objek sekeliling yang telah dicemari titisan cecair pesakit Covid-19 .
Mereka yang dijangkiti virus ini mungkin kelihatan sihat kerana gejala akan ketara hanya sekitar 5 hari selepas jangkitan . Oleh itu kaedah "jarak selamat " sekurang-kurangnya 1 meter memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak ini . Ini adalah jarak yang ditetapkan oleh Badan Kesihatan Sedunia yang dapat menghindarkan seseorang dari dijangkiti virus SARS-CoV2 melalui titisan cecair mulut atau hidung .
Apabila berpeluk dan bersalam , " jarak selamat " dikompromi dan virus boleh menular dengan cepat tanpa disedari . Tanpa sebarang vaksin untuk membasmi virus ini , "jarak selamat " dan " penjarakkan sosial " merupakan satu-satunya senjata yang berkesan dalam perang virus .
Memang tidak mudah untuk mengubah norma sosial ini kerana zahirnya manusia adalah makhluk sosial. Tapi kita tidak ada pilihan lain . Kerana salaman dan pelukan untuk menjalin silaturrahim itu mungkin membawa bencana kesihatan dan maut.
* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

