Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Jasa ESM Goh dihargai masyarakat Melayu/Islam

Jun 27, 2020 | 5:30 AM
HUBUNGAN RAPAT: Encik Goh berucap sewaktu pembukaan Kongres Mendaki II pada 19 Mei 1989. Hubungan Encik Goh dengan masyarakat Melayu amat rapat. Sepanjang 15 tahun menjadi PM, beliau dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu orang Melayu menjadi lebih maju, terutama dalam meningkatkan tahap pendidikan. - Foto fail
HUBUNGAN RAPAT: Encik Goh berucap sewaktu pembukaan Kongres Mendaki II pada 19 Mei 1989. Hubungan Encik Goh dengan masyarakat Melayu amat rapat. Sepanjang 15 tahun menjadi PM, beliau dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu orang Melayu menjadi lebih maju, terutama dalam meningkatkan tahap pendidikan. - Foto fail -

LEBIH separuh daripada hidupnya iaitu hampir 45 tahun, Encik Goh Chok Tong, 79 tahun, berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) mewakili Kawasanundi Marine Parade. Ia satu tempoh yang lama. Setelah 11 kali menang (10 pilihan raya umum dan satu pilihan raya kecil) sejak menyertai politik dalam 1976, Encik Goh tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya bulan depan dan mengumumkan persaraan daripada politik.

Dalam tempoh perkhidmatan yang lama itu, beliau telah membuat pelbagai sumbangan semasa menjawat pelbagai jawatan seperti Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Kesihatan, Menteri Pertahanan dan kemudian sebagai Perdana Menteri (PM) kedua Singapura pada 1990 menggantikan Encik Lee Kuan Yew. Beliau menolak tanggapan hanya akan memanaskan kerusi dan hanya menyerahkan jawatan itu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 2004 dan kekal dalam kabinet sebagai Menteri Kanan. Encik Goh melepaskan jawatan itu pada 2011 tetapi diberi penghormatan sebagai Menteri Kanan Emeritus (ESM).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg