Jejak warisan Munshi Abdullah dan khazanah persuratan Melayu
Premium
Jejak warisan Munshi Abdullah dan khazanah persuratan Melayu
Kuliah siri Cendekiawan Lestari(CLS) kali ini mengetengahkan sejarah persuratan dan penulisan Melayu dan bagaimana ia mencorak pemikiran masyarakat. Ia juga menjejak imej dan tanggapan Barat terhadap masyarakat Melayu menerusi tulisan-tulisan yang diterbitkan. Ikuti bahagian ketiga dan terakhir kuliah yang disampaikan Ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat, ini.
Oct 11, 2021 | 5:30 AM
KAJI TOKOH PENTING TAPI PENUH KONTROVERSI: Dr Hadijah Rahmat bersama dua buku kajian baru beliau mengenai Munshi Abdullah, salah seorang tokoh perintis Singapura dan tokoh persuratan Melayu penting tapi penuh kontroversi. - Foto fail -
MUNSHI Abdullah salah seorang tokoh perintis Singapura dan tokoh persuratan Melayu penting tapi penuh kontroversi, hingga mencetuskan pelbagai respons, kontroversi dan banyak pula yang bercanggahan.
Isu kepemimpinan dan imej bangsa Melayu juga dikemukakan oleh Abdullah dan beliau membuat perbandingan mengenai sikap orang Melayu terhadap bahasa, kepemimpinan Melayu dan dibandingkan dengan bangsa lain seperti orang Inggeris, Belanda, Amerika dan Cina.

