Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Kenali apa angin ahmar ringan

Usah abai gegala meski ia sementara kerana ia boleh bawa kepada risiko angin ahmar lebih berat
Dec 20, 2021 | 05:30 AM



Serangan angin ahmar ringan atau serangan iskemia transien (TIA), yang walaupun pesakitnya sembuh dengan sendirinya, mereka sebenarnya masih memerlukan rawatan segera. Gejala TIA sama seperti angin ahmar seperti wajah yang bengot, tangan menjadi lemah dan tidak bermaya serta kesukaran bercakap. Diserang angin ahmar disebabkan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan merokok. Ikuti laporan BERITA HARIAN.




PADA bulan Mac tahun ini, Encik Adhan, bukan nama sebenar, mengalami serangan iskemia transien (TIA) tanpa beliau mengetahuinya.



Beliau pulang ke rumah dan menunggu dua hari sebelum ke klinik untuk memeriksa lengan kirinya yang berasa lemah.



Tanpa disedari, beliau sebenarnya sedang diserang angin ahmar atau strok ringan. TIA adalah angin ahmar ringan.



Encik Adhan, yang sudah menghidapi masalah tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi selama 10 tahun sebelum ini, segera dimasukkan ke hospital di mana beliau mendapat tahu bahawa TIA boleh menyebabkan serangan angin ahmar sepenuhnya.



"Saya berasa kebas di lengan kiri saya. Lengan itu lemah dan saya tidak selesa memandu kereta.



"Selepas dua hari apabila ketidakselesaan itu tidak reda, saya mengesyaki ia angin ahmar ringan dan bukannya keletihan dan pergi ke klinik. Di klinik, tekanan darah saya sangat tinggi.



"Doktor segera menghubungi ambulans untuk memindahkan saya ke Hospital Besar Singapura (SGH).



"Di bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E), mereka melakukan beberapa siri ujian termasuk ujian darah, X-Ray, CT scan dan MRI, dan kemudian dimasukkan ke SGH untuk pemerhatian lanjut.



"Saya telah dibenarkan pulang selepas satu malam dan diberi cuti sakit selama sebulan. Selepas itu saya terpaksa kembali ke SGH untuk beberapa ujian susulan seperti imbasan dan ujian Holter," ceritanya tentang detik cemas yang dialaminya.



Menurut Ketua dan Perunding Kanan di Jabatan Neurologi, Institut Neurosains Nasional (Kampus Hospital Besar Singapura), Profesor Madya Deidre Anne De Silva, tidak ramai orang menyedari apa itu TIA dan mengabaikan gejala TIA kerana gejala-gejalanya adalah sementara dan dapat diatasi sepenuhnya.



Bagaimanapun, TIA membawa kepada berlakunya risiko angin ahmar yang lebih tinggi dan sepatutnya dianggap sebagai satu detik cemas dari segi perubatan.



Kempen Kesedaran Angin Ahmar pada Oktober lalu mengetengahkan tema 'Masa Adalah Segala-galanya' (Timing is Everything) dalam usaha untuk menggalakkan mereka yang pernah atau mungkin mengalami gejala angin ahmar agar mendapatkan bantuan segera.



F. A. S. T ialah akronim yang digunakan untuk membantu mengesan tanda-tanda strok dan mengetahui perkara yang perlu dilakukan. Ia bermaksud:



F - Sisi Wajah menurun (Face drooping)



A - Lemah lengan (Arm weakness)



S - Kesukaran bertutur (Speech difficulty)



T - Masa untuk menghubungi 995 (Time to call 995)



Angin ahmar adalah keadaan perubatan yang sensitif dari segi masa. Ertinya, pesakit tidak boleh lewat mendapatkan rawatan. Untuk setiap minit strok tidak dirawat, dianggarkan 1.9 juta sel otak mati.



Rawatan awal boleh mengehadkan kerosakan otak akibat strok dan meningkatkan fungsi seseorang selepas strok.



Kempen ini meningkatkan kesedaran tentang gejala angin ahmar dan hubungilah ambulans jika seseorang mengalami mana-mana gejala ini.



Pendekatan 'Masa Adalah Segala-galanya' disusuli dengan penilaian paramedik, pemindahan dengan ambulans, penilaian dan rawatan di jabatan kecemasan.



Dengan rasa syukur, Encik Adhan berkongsi keadaannya kini.



"Saya rasa normal. Kebas, lemah di lengan kiri saya sudah hilang. Saya masih mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.



"Saya lebih berhati-hati dengan diet saya sekarang dan berhenti merokok sejak kejadian itu pada akhir Mac.



"Saya juga melawat TCM (perubatan tradisional Cina) untuk urutan Tui Na, akupunktur, bekam yang membantu kekejangan leher dan bahu saya dan memperbaiki tidur saya," katanya.




"Saya berasa kebas di lengan kiri saya. Lengan itu lemah dan saya tidak selesa memandu kereta.



Selepas dua hari apabila ketidakselesaan itu tidak reda, saya mengesyaki ia angin ahmar ringan dan bukannya keletihan dan pergi ke klinik.



Di klinik, tekanan darah saya sangat tinggi. Doktor segera menghubungi ambulans untuk memindahkan saya ke Hospital Besar Singapura (SGH)."
- Encik Adhan (bukan nama sebenar), yang mengalami angin ahmar ringan dikenali sebagai iskemia transien (TIA) tanpa beliau ketahui pada Mac lalu.




Kes 1



ENCIK A mengadu rasa seperti kebas tangan serta lenguh badan pada sekitar 5 pagi. Isterinya meminta beliau berehat dan Encik A tidur selepas subuh. Apabila bangun pada kira-kira 9 pagi, beliau tidak boleh angkat tangan dan kakinya.



Sekitar 12 tengah hari pula, Encik A tidak boleh berdiri, tidak bermaya dan rebah di ruang tamu. Keadaannya tidak stabil dan keluarganya segera membawanya ke hospital. Encik A ditempatkan di zon kritikal wad kecemasan dan pemeriksaan doktor mendapati beliau mengalami angin ahmar ringan.



Tekanan darahnya terlalu tinggi. Beliau pula memang tidak makan ubat tekanan darah tinggi dan ini membahayakan kesihatannya. Dalam tempoh 24 jam, doktor memantau tekanan darahnya di wad kecemasan dan belum membenarkan beliau masuk wad walaupun dalam keadaan sedarkan diri.



Setelah itu doktor membuat imbasan untuk melihat sekiranya ada pendarahan dalam otaknya, tetapi tidak menemui apa-apa. Begitupun, doktor membuat sekali lagi ujian untuk memastikan tiada pendarahan kerana bimbang ada kemungkinan berlaku sesuatu yang lebih serius.



Malah, bacaan tekanan darahnya mencecah 210 dan ada risiko untuk lumpuh sepenuhnya jika dibiarkan.



Kes 2



Cik B, 56 tahdun, pernah diserang angin ahmar pada Mei tahun lalu. Apabila bangun dari tidur, Cik B tiba-tiba terasa tidak boleh bangun dan tidak dapat bergerak.



Ia satu kejutan buat dirinya kerana selama ini beliau tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes atau paras kolesterol tinggi.



Setelah keadaan dirinya tidak banyak berubah dan gejala-gejala tidak berkurangan, Cik B bergegas ke unit kecemasan di hospital. Semasa di hospital, baru beliau tahu saluran darah di otak sebelah kanannya tersumbat. Ini menjejas badannya di bahagian kiri.



Ini menyebabkan keadaan badan Cik B lemah, beliau tidak boleh banyak bergerak dan pertuturannya terjejas. 20 hari di hospital, Cik B menjalani rawatan fisioterapi untuk membantunya berjalan semula dan juga terapi untuk memperbaiki pertuturannya.



Setelah keluar dari hospital, pertuturannya kembali seperti biasa, namun pergerakannya masih belum pulih sepenuhnya dan beliau masih perlu menjalani fisioterapi seminggu sekali.



Selepas tiga bulan beliau dan sudah boleh berjalan sendiri tanpa menggunakan tongkat. Baginya, beliau perlu kuat semangat untuk bangkit daripada angin ahmar.



Kini beliau mengamalkan tabiat positif baru demi membina tubuh yang lebih sihat dan beliau juga sudah mula bersenam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >