Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14

Keperluan perumahan pasangan bercerai, ibu dan bapa tunggal perlu dipenuhi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

Keperluan perumahan pasangan bercerai, ibu dan bapa tunggal perlu dipenuhi

Feb 27, 2014 | 01:20 PM

Perceraian bermakna berakhir sebuah rumah tangga dan kerap juga, bermulalah masalah perumahan bagi yang bercerai. Masing-masing, lebih-lebih lagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, perlu tempat berteduh, namun rumah sebuah yang dulu dikongsi, kini boleh dihuni salah seorang daripada mereka saja atau dijual bagi hasil jualannya dibahagi-bahagikan. Dalam sesetengah kes, mereka sukar mendapat rumah baru, sama ada dek kurang mampu atau peraturan perumahan. Juga terdapat ibu tunggal tidak berkahwin yang menghadapi masalah tempat tinggal. Setahun ada lebih 500 kelahiran oleh wanita tidak berkahwin. Gaya hidup ini tidak digalak tetapi keperluan perumahan mereka tetap perlu dipenuhi. Rumah memberi kemantapan bukan sahaja kepada kehidupan keluarga lengkap saja, bahkan duda, janda dan ibu atau bapa tunggal.

Oleh itu, amat dialu-alukan kenyataan Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, bahawa isu perumahan golongan pembeli flat kali kedua, termasuk keluarga bercerai dan ibu bapa tunggal, antara perhatian kementeriannya dalam perbahasan belanjawan minggu depan. Diharapkan langkah-langkah wajar selanjutnya dapat diadakan bagi membantu mereka, mentelah, sebagaimana ujar Encik Khaw, masalah perumahan pasangan baru berumah tangga lebih kurang telah dihurai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3