
MASALAH 'lompat katak' antara parti politik yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka tumbang dua kali dalam masa kurang dua tahun diharapkan dapat dielakkan apabila Barisan Nasional (BN) mengumumkan satu langkah kontroversial untuk kesemua calon yang mewakilinya. Kesemua 28 calon BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diwajibkan tandatangani akuan bersumpah atau Statutory Declaration untuk menghalang mereka daripada berpaling tadah.
Langkah yang pertama kali diperkenalkan itu adalah untuk mengelakkan kerajaan negeri ditumbangkan sekali lagi oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) yang melompat parti. Sebelum ini, sudah dua kali kerajaan Melaka bertukar tangan angkara Adun yang mengkhianati parti sendiri... Baca laporan penuh esok (Isnin) di Berita Harian.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg