LETUSAN gunung berapi memuntahkan zarah pembalik cahaya suria ke atmosfera telah mengimbangi sebahagiannya kesan pelepasan karbon manusia dalam tempoh 15 tahun yang menjadi punca pemanasan-global, kata beberapa penyelidik.
Proses pemanasan yang dikatakan terhenti sejak 1998 telah membangkitkan semangat skeptis iklim terhadap saintis arus perdana. Walaupun suhu telah meningkat dengan banyak - 13 daripada 14 tahun paling panas dalam rekod sejak permulaan abad - mereka berada jauh di bawah berbanding peningkatan gas rumah hijau angkara tangan manusia.