Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Makanan tinggi lemak boleh dorong kanser kolon, rektum

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



USUS besar terdiri daripada kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis.



Lima hingga enam kaki pertama usus besar adalah kolon dan rektum adalah enam inci panjang yang berakhir di dubur.



Barah kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum.



Kolon adalah usus besar manakala rektum adalah bahagian yang menghubungkan kolon dan dubur.



Risiko mendapat kanser usus besar meningkat apabila umur semakin meningkat. Ia biasanya dijumpai di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas.



Siapa berisiko?



Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Namun faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum:



- Usia: Lebih 90 peratus kes berlaku pada usia lebih 40 tahun.



- Polip: Plip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser.



- Penyakit radang usus: Seperti "ulcerative colitis" (luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus, usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.



- Sejarah kanser: Wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.



- Sejarah keluarga kanser: Ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali apabila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.



- Pemakanan: Makanan tinggi lemak dan kurang serat.



- Merokok: kajian menunjukkan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.



- Berat badan dan aktiviti fizikal: Individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum



- Sejarah keluarga: Jika anda atau keluarga terdekat mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal.



- Gaya hidup: Kebanyakan kes berpunca daripada gaya hidup tidak sihat seperti tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya, kurang bersenam, terlalu banyak makan daging merah selain tabiat merokok dan minum minuman beralkohol.



Gejala



Pada peringkat awal, kanser kolorektal berkemungkinan tidak mempunyai gejala.



Ia biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) di dalam usus besar yang kemudiannya berubah menjadi kanser.



Ujian saringan adalah penting untuk pengesanan awal penyakit kanser kolorektal. Jika kanser kolorektal dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah baik.



Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila jumpa doktor untuk pengesahan.



- Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.



(Kita semua pernah mengalami ketidakselesaan abdomen dari semasa ke semasa tetapi perut kejang, kembung atau sakit yang kerap, teruk dan berpanjangan mungkin menjadi tanda kanser kolorektal yang perlukan pemeriksaan doktor).



- Kerap penat atau letih lesu



Berasa sentiasa lesu kerana badan melawan sel kanser yang mencerobohi sistem badan kita.



Kelesuan juga mungkin disebabkan kehilangan darah secara dalaman yang disebabkan oleh penyakit. Kelesuan akibat kanser juga antara kesan sampingan paling lazim dalam kanser kolorektal. Kelesuan ini boleh datang secara tiba-tiba dan tidak hilang walaupun selepas berehat atau tidur).



- Perubahan habitat pembuangan najis.



(Tabiat atau jadual buang air besar kita sebenarnya boleh mendedahkan banyak perkara mengenai kesihatan kita.



Perubahan tabiat buang air besar yang berpanjangan sama ada dari segi kekerapan atau konsistensi (mengalami cirit birit atau sembelit) khususnya jika tidak mengalami sebarang tekanan atau perubahan tabiat (hamil, melancong atau perubahan pekerjaan) tidak sepatutnya dipandang ringan.



- Cirit birit, sembelit atau usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.



- Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.



Kadangkala, tompok merah boleh muncul tetapi ada kala najis berwarna sangat gelap atau hitam yang menandakan darah sudah kering. Ada banyak punca yang menyebabkan kehadiran darah dalam najis seperti buasir atau dubur luka akibat najis keras.



Dalam kes CRC, ia mungkin menandakan masalah dalam saluran pencernaan.



Darah dalam najis mungkin tidak dapat dilihat dengan pandangan kasar dan hanya boleh dikesan melalui Kit Ujian Najis, juga dikenali sebagai Fecal Occult Blood Test (FOBT).



- Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.



- Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan



(Sel kanser menggunakan banyak sumber tenaga dalam badan kita. Apatah lagi sistem imun kita akan bertindak balas untuk melawan penyakit, yang menyebabkan berat badan menurun.)



Rawatan



Secara umumnya, kanser kolorektal boleh dirawat dan disembuhkan jika dikesan awal.



Berikan perhatian kepada badan anda dan pantau cara badan anda berfungsi.



Pengetahuan adalah kunci yang memperkasakan anda untuk mengambil tindakan pantas dengan berjumpa doktor secepat mungkin jika dirasakan anda berdepan risiko kanser.



UJIAN SARINGAN KANSER KOLOREKTAL



Diagnosa



Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rektum dan untuk mengesan sama ada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.



Sigmoidoskopi/kolonoskopi



Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.



Biopsi



Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.



Ujian darah



Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.



Ujian imejan



CT scan - kesan perebakan kanser ke paru-paru, hati dan organ lain.



Ultrasound - prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak ke hati, atau organ lain.



X-ray - untuk kesan perebakan ke paru paru.



Ujian saringan boleh dijalankan seawal umur 50 tahun hingga 75 tahun.



Bagaimanapun, jika anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser kolorektal, ujian saringan perlu dilakukan lebih awal.



Anda juga dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor anda tentang bila ujian perlu dilakukan, jenis ujian dan berapa kerap ujian perlu dilakukan.



Ujian yang dijalankan termasuk ujian najis (FOBT), sigmoidoskopi dan kolonoskopi.



UJIAN NAJIS (FOBT - FECAL OCCULT BLOOD TEST)



Ujian ini dijalankan untuk mengesan darah di dalam najis. Ujian ini adalah mudah dan boleh dijalankan di klinik kesihatan.



Anda akan diberi satu set alat untuk mengambil sampel najis. Anda perlu mengambil sedikit sampel najis anda dengan menggunakan alat yang disediakan dan mengembalikannya kepada makmal di klinik. Sampel najis akan diperiksa untuk melihat kewujudan darah di dalam najis. Sekiranya najis didapati mempunyai darah, anda akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut iaitu kolonoskopi.



Ujian sigmoidoskopi



Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang pendek melalui lubang dubur ke dalam rektum dan penghujung kolon untuk mengesan polip atau kanser di dalamnya.



Ujian kolonoskopi



Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang panjang melalui lubang dubur ke dalam rektum dan keseluruhan kolon.



Semasa prosedur ini dijalankan, doktor boleh melihat dan membuang polip atau ketumbuhan yang disyaki kanser serta mengambil sedikit tisu untuk ujian lanjut (pemeriksaan di bawah mikroskop untuk mengesan sel kanser).



Sekiranya anda berumur 50 hingga 75 tahun atau berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal, sila berjumpa dengan doktor anda untuk ujian saringan kanser kolorektal. Ujian saringan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.



Tahap kanser



Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain.



Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.



Tahap I: Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur



Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur



Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran



Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.



Sumber rujukan:



Kolej Gastroenterologi Amerika



Persatuan Kanser Amerika



Laporan kanser Globocan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO



Jawatankuasa Bersama Amerika untuk Kanser (AJCC),




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >