Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Mengekalkan warisan Hotel Raffles

Dibuka semula selepas ditutup selama dua tahun bagi kerja-kerja baik pulih
Aug 12, 2019 | 05:30 AM



HOTEL Raffles telah menjalani kerja-kerja baik pulih yang bermula dengan fasa pertama pada Januari 2017.



Fasa itu menyaksikan Arked Hotel Raffles menjalani peningkatan sementara kawasan-kawasan lain di hotel itu beroperasi seperti biasa.



Arked itu merupakan sebahagian penting bangunan itu dan menempatkan 40 kedai istimewa dan ruang acara di dalam dan pekarangan hotel tersebut.



Fasa Kedua pula bermula pada pertengahan 2017 apabila kerja-kerja baik pulih bermula bagi bangunan utama hotel itu, lobi dan sebahagian bilik suite hotel tersebut.



Pada hujung tahun 2017, Hotel Raffles pula ditutup bagi fasa terakhir sebelum dibuka semula pada Khamis lalu (1 Ogos).



Pengurus besar Hotel Raffles Simon Hirst sebelum ini ditukil sebagai berkata:



"Kerja-kerja baik pulih ini direka sedemikian rupa bagi memastikan kami dapat terus mengekalkan keistimewaan Hotel Raffles Singapore - suasana, khidmat, daya tarikan dan warisan hotel ini.



"Kami berharap perubahan ini seiring dengan keperluan dan jangkaan para tetamu kami.



"Di samping memperkenalkan pengalaman-pengalaman baru bagi para tetamu, kami juga menghormati sejarah dan warisan hotel ini... kami mahu memastikan hotel ini terus menjadi daya tarikan landskap sosial dan budaya Singapura."



Projek baik pulih itu diterajui oleh Aedas Singapore, sementara bahagian dalaman diterajui pereka Alexandra Champalimaud yang pernah memenangi anugerah dan bekerja dengan hotel-hotel mewah seperti The Plaza dan Waldorf Astoria di New York, Hotel Bel-Air di Los Angeles dan The Dorchester di London.



Kerja-kerja baik pulik yang terakhir dijalankan adalah dari 1989 hingga 1991 di mana hotel itu ditutup selama dua setengah tahun. 



Kawasan beli-belah di Raffles Hotel iaitu Raffles Arcade mula dibuka rasmi pada 11 Julai lalu.



Dengan wajah yang baru, kawasan itu nampak sedia untuk memberi persaingan kepada perniagaan elektronik.



Selepas lebih setahun setengah, Raffles Arcade membuka pintunya kepada orang ramai dengan konsep-konsep yang baru.



Ia turut menempatkan sebuah galeri warisan yang menampilkan sejarah hotel tersebut sejak ditubuhkan lebih 132 tahun yang lalu.



Antara pameran menarik yang ditampilkan adalah bil-bil lama yang menceritakan bagaimana para pengunjung dahulu melakukan pembayaran.



Ruang runcit sudah diisi seperti kedai busana dan terdapat juga kedai yang menawarkan koleksi produk gaya hidup yang direka bakat-bakat tempatan.



Sebuah kafe juga dibuka yang turut menyediakan bengkel-bengkel percuma untuk para pelanggan meluaskan rangkaian kenalan mereka.



Hotel Raffles diisytiharkan sebagai Monumen Negara pada 1987.



Hotel ini juga menjadi pilihan utama bagi golongan mewah dan terkenal yang mengunjungi Singapura sejak 130 tahun yang lalu.



Sejak perasmiannya pada tahun 1887, hotel tersebut sudah pun mengalu-alukan kedatangan golongan diraja, pelakon masyhur dan selebriti termasuk Putera William dan isterinya Kate, Charlie Chaplin, Elzabeth Taylor, Michael Jackson dan penulis buku, Rudyard Kipling.



Lawatan Kipling pula telah membawa kembali set bilik hotel pada zaman 1889, apabila penulis buku dan Penerima Hadiah Nobel dari Britain yang berusia 24 tahun ketika itu, menginap di Hotel Raffles.



Bilik itu juga direka bentuk berdasarkan gambaran Kipling sendiri dalam log perjalanannya



Kisah-kisah hotel itu telah dikongsi di mana seorang individu mengimbas bagaimana seekor harimau terlepas dari sarkas dan mencari perlindungan di Bilik Bar & Biliard hotel itu pada 1902.



Semasa Perang Dunia Kedua pula, kakitangan setia menanam perkakas perak milik hotel itu yang hanya digali semula beberapa tahun selepas perang itu.



Salah satu daripada barangannya adalah 'wagon' perak yang digunakan untuk menghidangkan daging lembu yang masih digunakan di Raffles Grill.



INFOGRAFIK: WAJAH BARU HOTEL RAFFLES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >