Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Menjadi 'Good Father' imbangi kerja dan keluarga

Sep 29, 2019 | 05:30 AM



APAKAH erti menjadi seorang bapa? Seorang isteri mungkin perlukan suaminya untuk memainkan peranan yang sama dalam membesarkan seorang anak, melalui perkara seperti menukarkan lampin dan melayan kerenah si comel.



Namun, seorang anak pula mengharapkan bapanya untuk membantu dengan kerja rumah dan mendengar tentang masalah dengan kawan-kawan.



Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa perjalanan hidup sebagai seorang bapa bermula apabila cahaya mata dilahirkan dan tiada jumlah kelas pra-natal atau bahan bacaan yang mencukupi untuk menyiapkan seseorang itu untuk menjadi seorang bapa.



Selepas hanya sembilan bulan perjalanan sebelum touchdown, anda harus terus mula bertungkus-lumus untuk menjaga bayi yang sedang merengek.



Apabila Pusat Kebapaan (CFF) melancarkan Bulan Kebapaan Melayu/Islam awal bulan ini, siri komik oleh pensyarah tempatan, Jason Wang menarik perhatian saya. Siri komik beliau menggambarkan realiti menjadi seorang bapa.



Cerita beliau bermula dengan cabaran yang ada kepada kehidupan peribadi dan perkahwinannya dengan kehadiran seorang bayi dan ia juga menunjuk bagaimana beliau mula menyesuaikan diri sebagai seorang bapa, mendakapi tugasnya yang memuaskan dan penuh ganjaran itu.



MEMBINA PERTALIAN DAN MENCARI SOKONGAN



Saya mengaku bahawa perjalanan saya sebagai seorang bapa bermula sebelum kelahiran anak perempuan saya sekitar 23 tahun yang lalu.



Dengan tekun dan penuh semangat, saya menyiapkan diri dan menyokong isteri saya dalam pengalaman pra-natal beliau. Saya menyediakan diri secara mental untuk mengimbangi masa menyusu pada waktu malam dan temu janji di klinik untuk mendapatkan suntikan di samping kerja harian dan sekolah, yang masih saya jalani pada waktu itu.



Selepas anak perempuan saya dilahirkan, ia menjadi jelas kepada saya bahawa kebapaan ini boleh menjadi satu perjalanan hidup yang menggembirakan. Bersama isteri, kami berdua awal-awal lagi telah membuat keputusan tentang pengalaman dan nilai-nilai yang mahu kami memupuk dalam diri anak-anak kami.



Ini termasuklah menyediakan mereka secara awal untuk perjalanan pendidikan yang holistik, memupuk nilai-nilai murni dan menjadikan mereka sebahagian daripada perjalanan pembangunan keluarga kami.



Peranan saya sebagai seorang bapa berubah mengikut fasa pembangunan anak-anak saya. Kini, mereka seperti rakan kepada saya dan isteri, tetapi dengan tahap kehormatan yang sesuai.



Peranan 'tradisional' seorang bapa adalah untuk melakukan perkara yang dianggap lebih praktikal, sementara isteri yang menguruskan bayi. Namun, peranan tradisional ini sudah mula berubah.



Bersama dengan masyarakat yang kini mahukan kesaksamaan antara jantina dan menghargai hubungan emosi yang lebih rapat bersama seorang bapa, kaum lelaki juga berkongsi dalam kajian mengenai hasrat mereka menjadi Good Father yang lebih terlibat dalam pengasuhan anak-anak mereka.



Namun, sedang jangkaan bagi si bapa 'moden' atau lebih canggih semakin meningkat, begitu juga dengan cabarannya.



Mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang bapa, suami dan ketua keluarga secara serentak memang mencabar. Sedang anak-anak membesar dan menjadi lebih berdikari, cabaran menjadi seorang Good Father juga berubah.



Anak-anak tidak lagi memerlukan ibu bapa untuk memeluk mereka tatkala terkejut daripada mimpi seram ataupun mengubati luka-luka mereka.



Malah, tugasan rumah bagi subjek matematik juga sudah berubah - ia mempunyai lebih abjad daripada nombor. Masalah persahabatan mereka tidak boleh lagi dihuraikan dengan pelukan dan masa bermain lagi. Saya sedar betapa perlunya bagi saya untuk terlibat sama dalam kehidupan mereka dan memahami masalah yang mereka hadapi.



Kajian sudah lama menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai bapa yang lebih terlibat dalam kehidupan mereka lebih besar kemungkinan akan mempunyai harga diri lebih tinggi dan mereka akan lebih sukar dipengaruhi rakan-rakan.



Ini juga meningkatkan empati dan kecekapan kognitif mereka. Sama seperti kami, anak-anak bukanlah manusia yang sempurna. Ini perkara yang saya sekeluarga percaya.



Oleh sebab itu, saya kekal hadir dalam kehidupan anak-anak saya. Kumpulan sembang WhatsApp keluarga kami kumpulan yang paling aktif.



Kami berkongsi pengalaman harian dan membantu satu sama lain apabila menghadapi cabaran.



Kami juga menyambut kejayaan dan mendorong satu sama lain untuk sering mempertingkatkan diri dan mencari kebahagiaan dalam apa sahaja yang dilakukan.



Kita tidak patut takut atau segan untuk memanfaatkan bantuan yang tersedia bagi bapa-bapa.



Contohnya, bengkel Kebapaan ICAN oleh CFF membimbing cara menjadikan setiap interaksi bersama anak sebagai masa yang berkualiti. Juga terdapat sumber pengasuhan dalam portal Sumber Pengasuhan Bonus Bayi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang memberi panduan kepada bapa-bapa tentang cara untuk berinteraksi dan menjaga anak mereka.



GIGIH BEKERJA, SERONOK BERMAIN



Untuk hadir sepenuhnya dalam kehidupan keluarga dan anak-anak kita, golongan bapa juga memerlukan sokongan dari masyarakat dan tempat kerja.



Terdapat inisiatif untuk menyokong bapa-bapa yang ingin mengambil cuti daripada kerja untuk menjaga anak yang baru lahir. Ia juga menggalakkan untuk melihat bapa-bapa memanfaatkan cuti paterniti.



Pada 2017, cuti paterniti bertambah kepada dua minggu. Jumlah bapa yang memanfaatkan cuti paterniti juga meningkat daripada 25 peratus hingga 53 peratus dari 2013 hingga 2017.



Juga terdapat skim yang menggalakkan urusan kerja yang fleksibel, membolehkan ibu-bapa untuk lebih terlibat dalam kehidupan anak-anak.



Budaya tempat kerja yang banyak menolong dan keseimbangan hidup-kerja memainkan peranan penting dalam membolehkan bapa-bapa memainkan peranan lebih besar.



Antara kajian Play A Part oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Kebangsaan mendapati bahawa 92 peratus responden berkata bos yang banyak membantu dan rakan sekerja yang saling memahami amat penting bagi membantu mereka memenuhi tanggungjawab di tempat kerja dan di rumah.



Syarikat dan persatuan di Singapura harus membina budaya yang menyokong ibu-bapa - bukan sahaja ibu, tetapi juga bapa - untuk membantu mereka mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga.



Pada masa yang sama, kita sebagai ibu-bapa tidak harus mengambil kesempatan atas sokongan yang diberi.



Kita harus mendapatkan keyakinan rakan sekerja dan majikan supaya mereka menyokong apabila kita memerlukan masa untuk bersama anak-anak.



Sempena Bulan Kebapaan Melayu/Islam, CFF menyambut dan memberi penghormatan kepada bapa-bapa sepanjang bulan September ini.



Sepanjang bulan ini, mereka merancang dan menganjur pelbagai pelbagai aktiviti seronok di mana bapa-bapa boleh menyertai bersama anak mereka seperti berbasikal, ekspedisi, kelas memasak, memancing, sesi seni dan muzik dan banyak lagi.



Aktiviti ini merangkumi beberapa topik, dan saya pasti ada sekurang-kurangnya satu yang sesuai bagi memenuhi minat si bapa dan anak.



Ambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak anda, untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencipta kenangan sepanjang hayat bersama.



Mari kita terus berusaha untuk menjadi bapa yang aktif dan bertanggungjawab!



Bagi lebih maklumat tentang Bulan Kebapaan Melayu/Islam, lungsuri http://www.bapasepanjanghayat.com.



  • Penulis ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >