Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BICARA MUFTI

Mufti: Jagalah orang tua dengan penuh rahmah, kasih sayang dan kecintaan

Jan 06, 2019 | 05:30 AM



JANGAN cemburu dengan golongan kaya sedangkan hati mereka penuh kegelapan, kehitaman, ingkar dan tidak beriman pada Allah swt.



Jangan cemburu dengan orang yang ada ilmu tapi sombong dan menggunakan ilmu itu untuk menghina orang.



Sebaliknya, cemburulah terhadap orang kaya yang murah hati dan menggunakan kekayaan itu untuk banyak perkara di jalan Allah swt seperti sedekah, wakaf dan sebagainya.



Cemburu juga terhadap orang yang mengamalkan ilmunya supaya menjadi hamba Allah swt.



Demikian peringatan kepada manusia semasa Mufti Ustaz Mohamed Fatris Bakaram mentafsirkan surah Al-Hijr, ayat 88 di ceramah Kuliah Tafsir di Masjid Darul Makmur pada 23 Disember lalu.



Dalam surah itu, Allah swt telah menegaskan kepada Nabi Muhammad saw yang dicemuh dan dianiaya oleh orang-orang Quraish di Makkah yang melawan dakwah Nabi Muhammad saw.



Allah swt menegaskan juga kepada Baginda saw supaya jangan rasa dukacita terhadap mereka yang tidak mahu beriman kerana sama ada orang itu beriman atau tidak adalah kuasa Allah swt.



Di sebalik ramai yang tidak mahu beriman, ada satu golongan yang nak ikut Nabi Muhammad saw.



Ada satu golongan sahabat yang sanggup beriman dan ikut apa yang di bawa Nabi Muhammad saw. Mereka ini memerlukan bimbingan Nabi Muhammad saw.



Lalu, Baginda saw diperintah Allah swt supaya merendahkan sayap.



Merendahkan sayap di sini bermakna rendah diri dengan penuh prihatin, dengan penuh kecintaan, kasih sayang dan memberi rasa selamat kepada manusia yang mencari keselamatan hidup di dunia dan akhirat.



"Memang tugas Nabi Muhammad saw kasi khabar gembira, kasi amaran tapi dalam memimpin dan memberi khabar gembira untuk yang taat dan memberi amaran kepada yang degil dan ingkar, Nabi memberikan rasa perlindungan kepada setiap yang memerlukan pimpinan dan ajaran Nabi saw.



"Ini peringatan kepada kita bahawa sebagai umat Nabi Muhammad saw. Setiap daripada kita adalah pemimpin, yang namanya ayah, ibu, suami, pemimpin masyarakat dan sebagainya.



"Kita ambil iktibar dan tauladan daripada Nabi saw supaya memberi keihsanan dan perlindungan kepada mereka di bawah kita supaya mereka rasa selamat di dunia akhirat," jelas Mufti Dr Mohamed Fatris.



Ayat rendahkan sayap itu juga, Allah swt gunakan dalam satu ayat di kitab suci Al-Quran supaya melakukan kebaikan kepada orang tua, menurut Mufti Dr Mohamed Fatris.



"Bila orang tua itu sudah berusia, maka rendahkan sayapmu pada kedua orang tua kamu dengan penuh rasa rendah diri dan penuh dengan rasa rahmah.



"Bukan setakat, jaga dengan kasi cukup makan. Bukan setakat, siapkan bilik buat ibu bapa di dalam rumah tetapi kita tidak senyum, tidak sapa tidak layan dengan baik, apatah lagi tidak mencurahkan kasih sayang pada orang tua.



"Allah swt kata rendahkan sayapmu dengan jangan menyombong pada orang tua dan jagalah mereka dengan penuh rahmah, kasih sayang dan kecintaan," kata Mufti Dr Mohamed Fatris.



Beliau menjelaskan lagi bahawa kita seperti Nabi Muhammad saw akan menghadapi dua jenis manusia iaitu satu golongan yang tidak akan menyukai kita, yang mungkin tidak senang dengan agama kita. Bagi golongan ini, kita jangan layan sangat atau ambil peduli.



Kita juga akan menghadapi golongan yang beriman iaitu keluarga dan sahabat kita yang memerlukan kita merendahkan sayap buat mereka.



Dalam surah Al-Hijr, ayat 90, disebut "Sepertimana yang telah kami turunkan kepada orang- orang yang membahagi-bahagikan."



Berdasarkan ayat tersebut, ia tidak sebut membahagikan apa tetapi Mufti Dr Mohamed Fatris menjelaskan bahawa ia mempunyai dua tafsiran.



Tafsiran pertama ialah golongan ahli kitab yang sombong dan ingkar dan mereka membahagikan kitab- kitab Allah swt.



Dalam riwayat yang disampaikan, kitab mana mereka nak simpan, mereka simpan dan kitab mana mereka hendak tukar, mereka tukar ayatnya, maksudnya dan ajarannya.



Namun, apabila Allah swt turunkan kitab suci Al-Quran, mereka tidak mahu terima.



Ada pula sebahagian daripada mereka pada waktu itu terima apa yang disampaikan Nabi Muhammad saw kerana ia sama dengan kitab mereka, manakala menolak sebahagian kitab.



Tafsiran kedua mengatakan orang-orang yang membahagi-bahagikan ini adalah pembesar Quraish, orang-orang di Makkah yang tidak mahu beriman dan degil.



Orang-orang Quraisy yang menolak dakwah Nabi Muhammad saw pada satu ketika membahagi-bahagikan kawasan pintu Makkah dan mereka itu dibunuh di peperangan Badar.



Tafsiran itu memberi gambaran kepada manusia bahawa sepertimana Allah swt turunkan azab kepada umatnya yang murka dahulu, azab itu pasti ada bila hari kiamat nanti.



Justeru, kita diingatkan supaya menerima Al-Quran dengan keseluruhannya dan selagi hidup, agar mengerjakan solat dan taat kepada Allah swt.




"Bila orang tua itu sudah berusia, maka rendahkan sayapmu pada kedua orang tua kamu dengan penuh rasa rendah diri dan penuh dengan rasa rahmah. Bukan setakat, jaga dengan kasi cukup makan. Bukan setakat, siapkan bilik buat ibu bapa di dalam rumah tetapi kita tidak senyum, tidak sapa tidak layan dengan baik, apatah lagi tidak mencurahkan kasih sayang pada orang tua. Allah swt kata rendahkan sayapmu dengan jangan menyombong pada orang tua dan jagalah mereka dengan penuh rahmah, kasih sayang dan kecintaan."
- Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >