Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Nampak macam sihat, tapi... cuba ukur lilit pinggang

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



TUBUH yang kurus, tidak semestinya sihat.



Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mungkin tersembunyi bersama organ penting di abdomen.



Keadaan itu dikenali sebagai TOFI atau Thin Outside, Fat Inside - kurus di luar, gemuk di dalam.



Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah kolesterol, penyakit jantung dan angin ahmar.



Saintis pemakanan, Universiti Auckland Profesor David Cameron-Smith, mendapati individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadangkala nampak pucat.



Tekanan hidup dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.



Malah katanya TOFI sukar dikesan.



Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.



Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan.



Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.



Katanya kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos daripada risiko penyakit metabolik.



Orang yang berbadan kurus juga mempunyai 'lemak yang tanpa disedari' dan turut berisiko menjejas kesihatan mereka.



Sekiranya perut buncit, boroi atau gelebeh, hakikatnya, keadaan itu bukanlah sesuatu yang normal bagi kalangan remaja mahupun dewasa.



Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalahan kegemukan atau obesiti yang mengubah struktur bentuk badan seseorang didapati menimbulkan kebimbangan di peringkat sejagat sejak 1975 dan sehingga kini ia masih menjadi isu besar. Ini kerana masalah gemuk gedempol membuka gerbang kepada meningkatnya risiko menghadapi pelbagai penyakit kronik.



Keadaan itu bukan sahaja menimbulkan masalah besar kepada individu terbabit, malah turut menjejas sesebuah negara.



Dengan masalah kegemukan yang keterlaluan, negara perlu menyediakan rawatan kepada rakyatnya dan ini memerlukan kos yang amat besar.



Berdasarkan laporan WHO pada Februari 2020, jelas menunjukkan betapa seriusnya masalah obesiti.



Masalah obesiti ini telah mencapai tahap pandemik di peringkat sejagat dengan sekurang-kurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun disebabkan masalah berat badan berlebihan.



Keadaan itu melibatkan lebihan lemak pada bahagian perut dan organ penting dalam abdomen, sekali gus menyebabkan saiz perut badan seseorang individu itu lebih besar atau tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya.



Ada orang itu gemuk tetapi tidak buncit jadi dia mungkin hanya alami masalah terlebih berat badan atau obes. Ada pula yang gemuk dan buncit jadi turut berisiko mengalami masalah obesiti abdomen.



Masalah obesiti abdomen juga menyerang individu kurus yang berperut boroi di mana saiz ukuran pinggangnya melebihi kiraan tertentu.



Memang mereka nampak kurus pada luaran kecuali sekiranya memakai pakaian agak ketat, barulah nampak bentuk perut mereka yang sebenar.



Di bahagian perut, terdapat kawasan ruang kosong yang dipanggil viscera di mana sel lemak amat mudah bertimbun di situ.



Ruang itu akhirnya menjadi tebal dengan lemak viscera.



Keadaan inilah yang akhirnya meningkatkan ukuran keliling perut dan sekiranya melebihi kiraan tertentu berisiko menjadi obesiti abdomen.



Bagaimanapun, sekiranya pengumpulan lemak viscera ini berterusan, tidak mustahil ia akan meningkatkan risiko seseorang mengalami obesiti abdomen pada peringkat awal berlarutan dengan kegemukan seluruh badan.



Selain kawasan abdomen, paha dan punggung jika jarang mendapat tumpuan semasa bersenam, lemak akan mula berkumpul di situ. Ini juga boleh menyebabkan kegemukan berlaku di seluruh badan dan masalah obesiti berlaku.



Terdapat banyak faktor penyumbang seseorang menghadapi masalah tersebut.



Bagaimanapun, dia menekankan penyebab utamanya adalah pemakanan tidak sihat, tinggi kandungan lemak dan gula daripada makanan manis atau minuman bergula. Ini memandangkan lemak viscera yang tertumpu di kawasan abdomen individu itu juga boleh memudahkan seseorang itu berisiko mendapat penyakit yang sinonim dengan lebihan berat badan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.



Menurut laporan WHO, risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau angin ahmar dianggap lebih tinggi dalam kalangan mereka yang memiliki ukuran pinggang 90 sentimeter (lelaki) dan 80 sentimeter (wanita).



Mereka yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) normal, tidak boleh beranggapan mereka tidak berisiko menghidap penyakit kardiovaskular tanpa mengukur lilit pinggang.



Maka itu, kita disarankan mengukur dan memantau ukuran lilit pinggang sepertimana dilakukan untuk BMI. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >