Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wakaf Pemacu Tamadun

Nov 22, 2020 | 5:30 AM
BADAN AMAL DAN ENDOWMEN UNIVERSITI OXFORD: Universiti Oxford di England memiliki sebuah badan amal dan endowmen yang memberi sokongan pembelajaran dan pendidikan, termasuk memberi dermasiswa kepada pelajar memerlukan. Banyak penulisan yang menjelaskan bahawa sistem endowmen universiti itu dipengaruhi model wakaf yang diamalkan negara-negara Islam. - Foto REUTERS
BADAN AMAL DAN ENDOWMEN UNIVERSITI OXFORD: Universiti Oxford di England memiliki sebuah badan amal dan endowmen yang memberi sokongan pembelajaran dan pendidikan, termasuk memberi dermasiswa kepada pelajar memerlukan. Banyak penulisan yang menjelaskan bahawa sistem endowmen universiti itu dipengaruhi model wakaf yang diamalkan negara-negara Islam. - Foto REUTERS -

DALAM sejarah awal masyarakat Islam Singapura, wakaf memainkan peranan yang amat besar bagi memastikan pelestarian institusi keperluan masyarakat seperti masjid dan madrasah.

Menerusi sistem wakaf, institusi keagamaan setempat ketika itu mampu meraih dana tambahan bagi menampung keperluan operasi seharian mereka.

Namun jika dilihat dari lensa dunia yang lebih luas, model wakaf pada ketika itu - tahun-tahun lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 - sebenarnya bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat dunia Islam ketika itu.

Ini kerana empayar Uthmaniyah yang memerintah sebahagian besar dunia Islam ketika itu menjadikan sistem wakaf sebagai tulang belakang usaha empayar tersebut dalam mengurangkan kemiskinan dan bagi menyokong usaha-usaha sosial dan keperluan umum.

Bahkan, sesetengah ahli sejarah menyifatkan pengamalan wakaf semasa empayar Uthmaniyah sebagai antara contoh dan teladan terbaik pelaksanaan dan pengurusan wakaf dalam sejarah Islam.

WAKAF BELA NASIB RAKYAT SUSAH

Menerusi sistem wakaf itu, ramai golongan yang kurang bernasib baik dalam empayar tersebut mampu mendapatkan pendidikan, khidmat perubatan, makanan, air dan banyak lagi khidmat-khidmat penting.

Selain golongan memerlukan, sistem wakaf yang dilaksanakan Uthmaniyah begitu berkesan hinggakan ia mampu menampung perkhidmatan awamnya seperti keperluan nasional, pendidikan, universiti, kesihatan, hospital, termasuk gaji para pegawai awam.

Semua ini selain menampung ratusan masjid dan madrasah yang bertaburan di serata empayar tersebut.

Bahkan, terdapat juga wakaf yang dikhususnya bagi binatang, seperti menyediakan makanan bagi binatang liar di kawasan pergunungan.

Langkah ini agar binatang-bintang tersebut tidak turun ke kawasan bandar untuk mencari makanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg