Gembira saya membaca laporan bahawa Singapura bakal melancarkan satu daya usaha baru dinamakan SG bagi Kemanusiaan – untuk membentuk satu rangkaian yang menggabungkan pihak pemerintah, badan kemanusiaan mapan serta masyarakat luas untuk memperkukuh usaha bantuan kemanusiaan buat mereka yang terjejas akibat krisis di Gaza.

Pembentukan rangkaian itu amatlah dialu-alukan dan pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa agihan bantuan peringkat terakhir (last mile delivery of aid) akan dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada penduduk Gaza yang amat memerlukan.