Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pastikan kemampanan bekalan air setempat, tanpa lupakan keperluan golongan tertentu

Sep 24, 2023 | 05:30 AM



Berbilion penduduk dunia masih bergelut dengan masalah kekurangan air, malah di rantau Asia, ratusan juta masih tidak mempunyai akses kepada air bersih yang selamat untuk diminum.

Masalah ini dijangka semakin meruncing, dengan pakar meramalkan permintaan bagi air secara global bakal melebihi bekalan, sehingga sebanyak 40 peratus, menjelang akhir dekad ini ekoran penggunaan yang tidak terkawal dan salah tadbir dalam sektor pengurusan sumber air.

Justeru, dengan dunia berdepan krisis air, Singapura tidak boleh mengambil ringan dan menganggap bekalan air yang dinikmati selama ini adalah satu kepastian.

Di Singapura, permintaan bagi air dijangka berganda dalam tempoh 30 tahun mendatang bagi memenuhi keperluan ekonomi dan penduduk yang semakin berkembang.

Perubahan iklim juga, yang menjadikan cuaca dunia lebih ekstrem dan tidak dapat diramal, meruncingkan keadaan.

Di Singapura sahaja, hujan lebat berpanjangan dan cuaca panas yang berlarutan semakin menjadi satu kebiasaan.

Justeru, sedang keadaan bekalan air Singapura stabil sejauh ini, malah semakin menunjukkan kemajuan, lebih banyak lagi perlu dilaksana untuk memastikan bekalan air bagi penggunaan masa depan terus mencukupi.

Pemerintah telah pun mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam dekad-dekad sudah, termasuk kempen bagi menggalak warga berhemah dan berjimat dalam penggunaan air.

Usaha membangun prasarana dan melabur dalam teknologi baru bagi membangunkan bekalan air yang mampan harus terus dilakukan, malah diperkukuh.

Bagaimanapun, usaha pembangunan prasarana dan pelaburan teknologi itu memerlukan sumber yang banyak, termasuk dari segi kos.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, baru-baru ini dalam satu Forum Kemampanan anjuran Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mendedahkan kos mengendalikan prasarana air negara ini telah meningkat antara 30 dengan 35 peratus sejak 2017.

Menurutnya, kolam air dan air yang diimport tidak dapat memenuhi permintaan air yang semakin meningkat. Lantaran itulah, Singapura bergantung kepada AirBaru dan penyahgaraman.

Namun, menghasilkan air bersih dari dua sumber tersebut memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding air hujan yang dikumpul atau dengan mengimport air dengan kadar harga yang telah ditetapkan.

Untuk memastikan kemampanan bekalan air setempat bagi jangka masa panjang, kos yang tinggi itu mungkin akan memberi kesan kepada pengguna.

Mujur, Cik Fu telah memberikan jaminan bahawa apa juga langkah untuk menyemak kos dan tarif air setempat akan mengambil kira golongan berpendapatan rendah, kurang bernasib baik serta pemilik perniagaan kecil dan sederhana (SME).

Ini adalah satu jaminan yang dialu-alu. Sedang warga menyokong usaha memastikan kemampanan bekalan air di sini bagi tempoh jangka masa panjang, namun penting memastikan keperluan golongan tertentu tidak dilupakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >