Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir sebagai Hakim Mahkamah Tinggi membawa makna yang sangat mendalam dan penting bagi masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Ia mencerminkan kisah inspirasi yang membuktikan bahawa anak seorang pemandu teksi dan suri rumah sekalipun mampu mencapai jawatan undang-undang tertinggi negara melalui kegigihan dan meritokrasi.