Berita Minggu dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) akan menerbitkan satu siri mingguan tentang mesej antidadah mulai minggu ini. Laporan pertama ini menyentuh tentang Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen Isnin lalu, dan salah tanggapan umum tentang dadah seperti 'Ice' dan ganja dan realiti sebenar.
DALAM masyarakat Melayu, berkemungkinan sebahagian besar kita telah terkesan dengan masalah dadah - sama ada secara langsung atau tidak.