Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Pengalaman, pendekatan S'pura urus agama dikongsi di Harvard

May 2, 2019 | 5:30 AM
KONGSI PERSPEKTIF SINGAPURA: Ustaz Dr Nazirudin (tiga dari kanan) bersama beberapa cendekiawan yang menghadiri seminar di Universiti Harvard, termasuk penganjur Profesor Kristen Stilt (dua dari kanan), Professor Perundangan dan Pengarah Program Perundangan Islam di Harvard, dan Dr Dominik Muller (kanan), Ketua Kumpulan Kajian di Max Planck Institute for Social Anthropology, Germany. - Foto MUIS
KONGSI PERSPEKTIF SINGAPURA: Ustaz Dr Nazirudin (tiga dari kanan) bersama beberapa cendekiawan yang menghadiri seminar di Universiti Harvard, termasuk penganjur Profesor Kristen Stilt (dua dari kanan), Professor Perundangan dan Pengarah Program Perundangan Islam di Harvard, dan Dr Dominik Muller (kanan), Ketua Kumpulan Kajian di Max Planck Institute for Social Anthropology, Germany. - Foto MUIS -

PROSES memberi panduan agama kepada masyarakat dalam bentuk fatwa, irsyad dan dasar - yang mengambil kira aspek hukum, konteks masyarakat, undang-undang negara, dan kesan dan implikasi ke atas masyarakat - adalah antara yang dikongsi dalam satu pembentangan dalam seminar di Harvard.

Sekolah Perundangan Harvard telah menjemput Dr Nazirudin Mohd Nasir, Pengarah Kanan Dasar dan Pembangunan Keagamaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang memulakan tugas baru sebagai Timbalan Mufti mulai 1 Mei, memberi pembentangan pembukaan bagi seminar tersebut bagi berkongsi pengalaman dan pendekatan Singapura dalam menguruskan dan memajukan pengamalan serta pemikiran agama dan perundangan Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg