Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pengasas Chope dahagakan pertumbuhan

Arrif Ziaudeen berkata syarikatnya berada di landasan betul untuk gandakan pendapatan sekali lagi tahun ini
Jul 10, 2019 | 05:30 AM



SEMUA orang tahu bahawa syarikat permulaan kerap datang dan pergi dalam dunia yang bergerak pantas. Syarikat-syarikat baru itu selalunya berkembang pantas tetapi ianya juga boleh jatuh dengan sekelip mata. Laman bagi tempahan makanan Chope yang bermula sebagai satu perniagaan dari rumah pula telah berjaya mengharungi ujian merentas masa ini.



Mereka telah berada dalam arena ini selama lapan tahun, iaitu tempoh masa yang membuktikan kehebatan mereka.



Kini, dengan 200 pekerja dan lebih 4,000 pelanggan di 7 pasaran, syarikat pemula ini telah pergi ke merata tempat, dengan pelbagai rancangan untuk terus maju.



Pendapatan Chope untuk tahun 2018 mencapai $19.5 juta.



Jumlah ini adalah hampir dua kali ganda daripada $10.4 juta yang diraih tahun sebelumnya.



Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Arrif Ziaudeen mengatakan bahawa syarikat itu berada di landasan yang betul untuk menggandakan pendapatannya sekali lagi tahun ini.



Beliau berkongsi tentang pelbagai rancangan yang telah diatur untuk syarikat pemula itu dan bagaimana syarikatnya bercadang bersaing dengan pemain-pemain lain di luar sana yang bersedia untuk menjatuhkannya.



Encik Ziaudeen yang sebelum ini bekerja sebagai perunding pengurusan, pernah mempelajari undang-undang dan juga memperoleh Sarjana Pentadbiran Awam dari Stanford.



Pada mulanya, beliau tidak berminat menjadi seorang usahawan. Malah, penglibatan beliau dalam keusahawanan dengan Chope adalah secara kebetulan dan bukanlah dirancang.



Pada masa itu, beliau dapat melihat pelbagai isu dalam industri makanan dan minuman (F&B).



Antara isu tersebut adalah proses tempahan yang tidak menyenangkan di mana para pelanggan terikat dengan masa tertentu untuk membuat panggilan.



Pada masa yang sama, mereka juga terpaksa bersabar dengan talian telefon yang sibuk kerana pekerja di restoran juga sibuk dengan pelbagai tugasan masing-masing.



Terdapat juga kekurangan dari segi platform pengurusan tempat makan bagi membolehkan orang ramai memilih tempat makan mereka dengan mudah.



"Saya melihat masalah ini dari sudut pandangan seorang pelanggan terlebih dahulu, sebelum saya dapat memikirkannya sebagai satu kerjaya atau perniagaan," jelasnya.



"Saya hanya merasakan bahawa restoran-restoran pada masa itu ketinggalan di belakang dari segi gelombang digital yang telah melanda perniagaan lain... Pada asalnya saya hanya ingin mengetahui mengapa, dari sudut keingintahuan intelek saya."



Dari situ, beliau mula berbincang dengan pemilik-pemilik restoran yang lain untuk meneliti tentang penyelesaian yang dilakukan oleh perniagaan-perniagaan lain di seluruh dunia dalam menghadapi cabaran ini. Dari situlah beliau mula "jatuh cinta" dengan masalah ini.



Projek yang pada mulanya hanya sekadar sebuah projek selepas kerja telah menjadi satu perniagaan yang sebenar.



Hari ini, Chope lebih dikenali sebagai satu platform untuk membuat tempahan restoran.



Namun, itu bukan satu-satunya perkara yang boleh dilakukan oleh Chope.



Chope menyediakan perkhidmatan dan program perisian teknologi kepada pemilik-pemilik restoran yang mahu mempertingkatkan kecekapan dan daya penghasilan dalam bidang seperti pengurusan tempahan, sokongan pemasaran dan analitik.



Sejak dilancarkan, Chope telah menerima lebih S$35 juta pembiayaan daripada pemodal teroka (VC) dan Singapore Press Holdings (SPH), pemilik kepada akhbar The Business Times dan The SME Magazine.



"Sekiranya anda melihat kami pada tahap ini pada hari ini, ianya adalah satu syarikat yang berbeza."



Beliau menjelaskan bahawa Chope bermula sebagai sebuah "syarikat pemula klasik yang tidak lengkap."



Chope tidak mempunyai pejabat pun di awal permulaannya.



"Ianya adalah satu situasi yang mana kami cuba menyelesaikan satu juta permasalahan yang kami tidak jangkakan," katanya.



"Namun, ianya benar-benar menyeronokkan kerana kami telah mencuba pelbagai benda baru bersama-sama sebagai satu pasukan… Apa yang kami pedulikan hanyalah cara untuk menyelesaikan masalah."



Beliau bercakap dengan sayunya tentang hari-hari lalu di mana mereka cuba menyelesaikan masalah melalui perbincangan ketika minum kopi, ataupun mengerah idea dalam masa beberapa jam.



Namun, sebagai sebuah syarikat yang terus berkembang seiring dengan perubahan masa, beliau sedar bahawa cabaran mereka pada masa kini adalah untuk mengekalkan ketangkasan, keinginan dan semangat mereka.



Pada masa yang sama, Chope perlu memastikan bahawa ianya mempunyai kemudahan dan proses yang tersedia untuk menjalankan perniagaan dengan lancar dan berkesan.



Chope telah menggandakan jumlah pekerjanya tahun lalu, iaitu dari 100 orang ke 200 orang.



Ini adalah kerana ianya terus berkembang dengan pesat.



Sebagai satu manifestasi fizikal terhadap pertumbuhan kepada syarikat permulaan ini, Chope telah berpindah beberapa kali kerana ianya telah berkembang melebihi ruang fizikal syarikat yang sedia ada.



Dari pangsapuri, Chope telah berpindah ke satu ruang pejabat di Orchard Towers.



Chope juga telah berpindah ke rumah kedai di Tiong Bahru. Kemudian, berpindah ke Puvin Street.



Akhirnya, Chope berpindah ke Shaw Tower pada September 2018, yang mana ianya telah menduduki keseluruhan aras.



Chope bukan sahaja telah berkembang di Singapura, malah ianya telah melebarkan sayap ke bandar-bandar lain di Asia seperti Hongkong, Bangkok dan Jakarta.



Sebagai sebuah perniagaan pemula yang berkembang, Encik Ziaudeen mengakui bahawa apa yang diperlukan untuk mengendalikan sesebuah syarikat juga perlu ditukar.



"Jika dulu, kami memberi rangsangan dengan menggunakan masalah semata-mata, kini kami perlu memberi rangsangan dengan menggunakan budaya pula," katanya.



Menurut Encik Ziaudeen, industri F&B merupakan satu industri yang kaya dengan gangguan.



"Para pengendali F&B cenderung menjadi syarikat kecil dan sederhana (SME). Melalui pengalaman, kami dapat melihat bahawa terdapat satu pemikiran yang biasa dalam kalangan pengusaha F&B, iaitu untuk beri tumpuan kepada makanan dan restoran semata-mata dan kurang kepada teknologi," katanya.



Pada asalnya, Chope juga merupakan sebuah syarikat pengganggu dalam sektor F&B yang bertujuan mendidik restoran-restoran tentang manfaat teknologi dan bagaimana ianya dapat membantu mereka.



Perbualan akan bermula dengan pemahaman terhadap masalah mereka dengan lebih mendalam, supaya mereka dapat menawarkan penyelesaian yang sesuai untuk perniagaan mereka, jelasnya. Setiap restoran mempunyai masalah dan penyelesaian yang berbeza.



Beliau menambah:



"Kini, hal ini bukanlah semata-mata tentang 'inilah yang kami ada dan anda perlu menerimanya seadanya, atau dapatkan servis lain"' lagi.



Beliau percaya bahawa pendekatan perundingan dengan restoran-restoran ini dapat membantu Chope untuk lebih menonjol berbanding para pesaingnya.



Oleh kerana orang yang bekerja di restoran juga mempunyai kecenderungan untuk tidak mahir dalam teknologi, ianya penting bagi Chope mencipta satu produk yang mengambil kira persekitaran yang pantas dan jenis mesra pengguna.



"Kami sentiasa berfikir tentang apa yang restoran mahukan, dan kami membina teknologi untuk keperluan tersebut," katanya.



"Kami melabur banyak di dalamnya. Apa yang saya maksudkan tadi bukanlah berkenaan dengan wang semata-mata. Banyak darah, peluh dan air mata yang telah mengalir dalam pembinaan satu produk yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan."



Laporan ini pertama kali disiarkan akhbar The Business Times pada 3 Julai lalu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >