Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerlu fahami isu pendakwah Somad dari perspektif S'pura
Premium
Perlu fahami isu pendakwah Somad dari perspektif S'pura
May 27, 2022 | 5:30 AM
Perlu fahami isu pendakwah Somad dari perspektif S'pura
BANTAH LANGKAH SINGAPURA: Penyokong Abdul Somad Batubara mengadakan bantahan di depan Kedutaan Singapura di Jakarta setelah Singapura enggan membenarkan Somad masuk ke negara ini pada 16 Mei. - Foto AFP -
KADANGKALA kita mungkin berasa tidak selesa dengan perangai segelintir warga Indonesia yang sering sangat meminta maaf daripada orang lain yang mereka percaya telah menyinggung bangsa, negara, agama mereka atau apa sahaja.
Mereka marah kerana maruah mereka terluka, yang boleh difahami dan mungkin juga wajar; tetapi ironinya, mereka selalu melakukan kesalahan sama terhadap orang lain sesuka hati dan tidak mengambil berat tentang perasaan mangsa mereka.
