Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pilihan raya Indonesia: Perbahasan Presiden jadi tumpuan pengundi

Jan 21, 2019 | 05:30 AM



BEBERAPA tinjauan menunjukkan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo sedang selesa mendahului pencabar tunggalnya Encik Prabowo Subianto, tiga bulan sebelum pilihan raya presiden di negara Islam terbesar di dunia itu.



Perkara ini membayangkan Encik Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi dijangka memenangi pilihan raya pada 17 April nanti dengan selesa.



Namun, sejarah menunjukkan bahawa Encik Prabowo mampu merapat jurang sehingga April nanti dan boleh mencetus keputusan yang tidak diduga, kata editor kanan di akhbar bahasa Inggeris di Indonesia, The Jakarta Post, Encik Endy Bayuni.



"Semua tinjauan berkata Jokowi begitu jauh di hadapan... tapi masih ada 15-20 peratus pengundi yang masih belum membuat keputusan atau tidak tahu (calon yang akan diberi sokongan)," kata Encik Endy yang berkata keputusan pilihan raya masih belum dapat dipastikan sebelum proses itu berakhir.



"Pada hari pilihan raya, ada orang yang mungkin memilih mengundi Prabowo dan mengubah kesudahan pilihan raya. Ia masih boleh berlaku," tambah Encik Endy, bercakap dengan Berita Harian (BH) semasa beliau berada di Singapura baru-baru ini, bagi menghadiri Forum Pandangan Serantau 2019 anjuran Iseas-Institut Yusof Ishak.



RAMAI BELUM PILIH CALON UNTUK DISOKONG



Menurut Encik Endy, beliau menjangka ramai pengundi hanya akan membuat keputusan tentang pilihan mereka sebagai presiden selepas menyaksikan perbahasan presiden.



Lima perbahasan awam antara Encik Jokowi dan Encik Prabowo - yang ditayangkan secara langsung di television dan Internet - telah dijadualkan, dengan kededua calon bersemuka dalam sesi pertama yang berlangsung minggu lalu.



Mereka akan bersemuka lagi pada perbahasan kelima dan terakhir, yang akan diadakan sebelum tempoh bertenang yang bermula pada 14 April.



Dalam ucapannya baru-baru ini, Encik Prabowo, seorang jeneral tentera yang telah bersara, membentangkan wawasannya mewujudkan Indonesia dengan ekonomi berteras rakyat dan membantu golongan miskin memperbaiki kehidupan mereka.



Encik Jokowi pula dijangka berkempen bersandar dua 'tunggak' kekuatannya iaitu pertumbuhan ekonomi kukuh - antara lima dengan enam peratus - sepanjang penggal presidennya dan sifat 'ke-Islamannya' selepas beliau memilik tokoh agama mapan Dr Ma'ruf Amin sebagai rakan bertanding.



Satu tinjauan, oleh Indikator Politik Indonesia, bulan lalu, menunjukkan Encik Jokowi dan rakan bertanding Dr Ma'ruf masih mendahului dengan sekitar 20 mata peratusan.



Namun pada masa yang sama, gandingan Encik Prabowo dan rakan bertandingnya, Encik Sandiaga Uno, seorang jutawan, sejak Oktober lalu, telah bertambah lima mata peratusan dan kini mendapat 35 peratus sokongan.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times, pengkaji politik di Institut Sains Indonesia Nostalgiawan Wahyudhi, berkata pihak yang masih belum membuat keputusan kini kian memilih calon yang ingin disokong.



GOLONGAN MILENIAL



Sejumlah 80 juta rakyat muda Indonesia, mewakili sekitar 40 peratus jumlah pengundi, dijangka membuang undi April ini, kebanyakannnya buat julung-julung kali.



Justeru, Encik Jokowi dan Encik Prabowo telah menumpukan sebahagian penting kempen mereka di media sosial, ruang yang kerap digunakan golongan ini.



Menurut Encik Endy, ruang media sosial amat penting bagi kededua calon presiden kerana adalah sukar meramalkan corak undian golongan milenial ini.



"Mereka (pengundi muda) tidak setia kepada sesuatu parti atau calon... mereka mengundi mengikut rentak cita rasa sendiri," kata beliau.



Menurut pemerhati politik dan juruanalisis, golongan pengundi muda ini juga adalah yang paling sukar dipengaruhi dan paling tidak berpuas hati dengan keadaan politik di Indonesia pada masa ini.



ISU YANG BOLEH DIKETENGAHKAN



Menurut Encik Endy, ekonomi Indonesia yang stabil, kadar pengangguran yang lebih rendah dan kadar kemiskinan yang merosot ke paras bawah 10 peratus buat kali pertama di bawah kepimpinan Encik Jokowi adalah faktor positif yang bakal ditonjolkan beliau.



Namun Encik Prabowo dijangka mengetengahkan beberapa faktor yang dianggap kelemahan, seperti defisit belanjawan dan perdagangan yang besar, mata wang yang lemah dan jurang antara golongan miskin dan kaya, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >