Premium
Pilihan Raya Umum Malaysia dijangka lebih bergolak
Mungkin saksikan pertembungan tiga dan empat penjuru di banyak kawasan, kemungkinan besar tiada satu gabungan pun akan bentuk kerajaan blok kendiri
Sep 11, 2022 | 5:30 AM
PERGOLAKAN POLITIK: Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia yang akan datang mesti diadakan sebelum September 2023. Pengundi boleh menjangkakan beberapa pergolakan politik sebelum kerajaan sekarang menyerahkan kuasa kepada kerajaan seterusnya, kata penulis. - Foto fail -
BARU-BARU ini, empat gabungan politik di Malaysia - BN (Barisan Nasional), PN (Perikatan Nasional), PH (Pakatan Harapan) dan GTA (Gerakan Tanah Air) - mengadakan mesyuarat berskala besar sebagai persiapan pilihan raya yang mungkin datang mengejut.
Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang mesti diadakan sebelum September 2023 tetapi beberapa pihak dalam parti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Umno, menggesa agar pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi.

