Potensi AI: Gambaran ideal atau risiko bahaya?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Potensi AI: Gambaran ideal atau risiko bahaya?

Jan 18, 2026 | 3:00 PM

Potensi AI: Gambaran ideal atau risiko bahaya?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
(Gambar kiri) Gambar betul penulis dan suaminya, berserta gambar AI yang dijana AI Gemini dengan arahan untuk menunjuk anak pasangan (gambar kanan).
(Gambar kiri) Gambar betul penulis dan suaminya, berserta gambar AI yang dijana AI Gemini dengan arahan untuk menunjuk anak pasangan (gambar kanan). - Foto ihsan DIAN A’QIDAH AHMAD

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) bukanlah sesuatu yang baru bagi saya.

Ia telah membantu saya dengan pelbagai cara – menjelaskan perkara yang saya kurang faham, menterjemah kata-kata dalam bahasa lain dan untuk meringankan kerja saya.

Selain menggunakannya dalam melakukan tugas, saya kadangkala menggunakan AI untuk menjana imej.

Imej seperti kemungkinan rupa pasangan, anak atau keluarga pada masa hadapan.

Baru beberapa hari lalu, saya dan rakan sekerja menggunakan AI untuk manghasilkan gambar ‘palsu’ kami bersama kemungkinan pasangan untuk melihat rupa mereka.

Lagipun, perbuatan ini buat hiburan kami sendiri bagi melihat sejauh mana potensi atau kemungkinan yang boleh diterokai.

Saya sedari bahawa AI boleh digunakan sebagai wadah untuk mencipta gambaran ideal dalam minda kita.

Berdasarkan arahan yang diberikan, kita mempunyai semacam kawalan tertentu terhadap gambaran tersebut, namun ia berisiko mengundang bahaya kepada pengguna.

Saya teringat pula cerita yang mana seorang wanita dari Jepun yang berkahwin dengan persona AI yang dijana melalui ChatGPT.

Pada mulanya, wanita berumur 32 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Cik Kano, menggunakan ChatGPT untuk dapatkan nasihat selepas berputus tunang.

Tetapi lama-kelamaan, selepas menyesuaikan respons daripada bot itu dan menggambarkannya, Cik Kano jatuh cinta dengan Klaus, watak yang diciptanya sendiri.

Perkara yang mengejutkan bagi saya adalah Klaus melamarnya dan Cik Kano terima lamaran itu.

Dari sudut pandangan saya, mungkin saya tidak memahami proses pemikiran di sebalik keputusan yang dibuatnya kerana saya tidak ada dalam perspektif beliau.

Tetapi saya dan rakan sekerja saya dapati cerita itu aneh dan terfikir pula apa lagi yang akan terjadi pada masa hadapan dengan penggunaan AI.

Apakah perkara seperti kes Cik Kano akan menjadi kebiasaan baru?

Di beberapa wadah media sosial, ada juga penyebaran ‘deepfake’ (pemalsuan mendalam) yang dijana menggunakan AI untuk merosakkan reputasi seseorang atau sebagai kes penipuan.

Pada 2024, satu video ‘deepfake’ disebarkan mengandungi suara Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang diubah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu.

Selain kes seperti itu, ada juga yang gunakan AI untuk jana video atau gambar lucah dan kemudiannya disebarkan untuk dilihat orang ramai.

Perkara ini amat membimbangkan memandangkan golongan kanak-kanak yang turut melayari media sosial, mendedahkan mereka kepada risiko kandungan lucah atau tidak bersesuaian yang boleh mendatangkan bahaya.

Namun, tidak semua pengguna AI yang menggunakannya berniat jahat.

Ada trend di TikTok yang menggunakan gambar dijana AI untuk berkongsi kisah mereka dengan orang tercinta yang sudah tiada.

Pengguna akan gunakan dua gambar berbeza – gambar mereka sendiri dan gambar kawan, saudara atau ahli keluarga yang sudah tiada.

Kisah ini menceritakan kasih sayang yang tak pernah terputus dan juga digunakan sebagai ruang untuk mengubat rindu.

Apabila melihat imej janaan AI milik orang lain, terbit rasa ingin tahu dalam diri saya tentang rupa paras anak saya nanti.

Walaupun sekadar mencuba untuk suka-suka, ia secara tidak langsung menambah keterujaan saya untuk menimang cahaya mata, lebih-lebih lagi apabila tarikh jangkaan bersalin semakin hampir.

Mungkin pada masa hadapan, penggunaan AI akan menjadi lebih meluas dalam kehidupan seharian semua orang, namun saya pasti teknologi ini mampu melangkaui batasan sedia ada dan membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg